Tular di media sosial menyaksikan sekumpulan peniaga berasak kerana berebut untuk mendapatkan tapak niaga bazar Ramadan sehingga suasana menjadi tidak terkawal.
Menurut sumber, kejadian yang dipercayai berlaku di Muar, Johor itu turut mengakibatkan beberapa individu jatuh tersungkur akibat rempuhan orang ramai yang berpusu-pusu mahu mendapatkan nombor undian tapak bazar Ramadan.
Menerusi video tular itu, sejurus pintu masuk dibuka, para peniaga yang berkumpul di hadapan pintu itu dilihat berpusu-pusu keluar dan berlari untuk mendapatkan nombor undian.
Artikel berkaitan: “Dah tegur tapi degil” – Individu ‘Sound’ Lelaki Promosi Judi Di Bazar Ramadan
Artikel berkaitan: Peniaga Bazar Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Harga Juadah Naik, Netizen Kata Nak Boikot
Berbaloi dapat tapak bazar walaupun lutut ‘koyak’ akibat berasak
Muar: Dua beradik cedera selepas terjatuh akibat kaki tersadung ketika berasak-asak untuk mendapatkan nombor undian tapak bazar Ramadan Kampung Tengah, di sini.
Video kejadian menimpa mangsa dikenali sebagai… pic.twitter.com/1rnqqPUXIH
— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 17, 2025
Tapak bazar ‘hotspot’
Dalam laporan lain, sebanyak 113 tapak bazar disediakan Majlis Perbandaran Muar (MPM) di Kampung Tengah dengan kadar sewa RM200 sepanjang Ramadan.
Difahamkan, seramai hampir 300 peniaga hadir untuk mendapatkan nombor undian di tapak bazar itu kerana ia juga antara yang terkenal di Muar.
Susulan kejadian itu, MPM akan mengubah kaedah pengagihan tapak bazar Ramadan seperti mengubah masa pembahagian borang dan pengambilan tapak bazar.
Sumber: Berita Harian