Semalam kecoh di media sosial apabila seorang pak cik tua dibelasah di tengah jalan sekitar Padang Jawa, Shah Alam oleh seorang lelaki yang memakai helmet sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Tindakan lelaki tersebut yang bertubi-tubi menumbuk pak cik tua itu ternyata tidak disenangi oleh netizen kerana ianya melampaui batas apabila melibatkan pergaduhan secara fizikal.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1528265008727363585?t=N9wpTvO4wqWkc1-0QSAAPQ&s=19
Ini kerana, walaupun punca kemalangan yang berlaku antara mereka berdua bermula dari pak cik tua itu, namun ramai menyifatkan insiden itu boleh dibawa bincang supaya dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Kan dah kena balik…”
Kurang dari 24 jam kejadian itu berlaku, video suspek tersebut dibelasah oleh penduduk Kampung Padang Jawa turut tular sebelum ditahan oleh pihak berkuasa pada hari yang sama selepas pak cik tua itu membuat laporan polis.
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Bin Ibrahim, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pesara swasta berumur 61 tahun dan berasal dari Padang Jawa dan berada dalam perjalanannya untuk ke Putrajaya.
Video ALLEGEDLY berkaitan dengan pelaku yang memukul orang tua di padang jawa di pukul kembali oleh penduduk kampung padang jawa. https://t.co/A0coRoZQcs pic.twitter.com/FrZTyWY4c3
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) May 22, 2022
Tambahnya lagi, suspek yang berusia 23 tahun itu difahamkan akan direman bermula pada hari ini (23 Mei 2022) bagi membantu siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
Bukan itu saja, ACP Mohd Iqbal Bin Ibrahim juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berkaitan dengan kejadian tersebut untuk tampil berikan kerjasama bagi memudahkan lagi siasatan.
Semoga apa yang jadi ni, jadi pengajaran ya untuk kita semua. Walaupun pak cik tu salah, orang tua tu sepatutnya dihormati…
Baca: [VIDEO] Pak Cik Tua Dibelasah Lelaki ‘Hilang Waras’ Selepas Terlibat Dalam Kemalangan