Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak menggoreng dan memakan telur buaya peliharaannya.
Menerusi video yang dikongsikan itu, lelaki yang menggunakan akaun TikTok @khairuljohari27 bertindak berbuat sedemikian kerana mereka kekurangan tempat untuk menambah lagi haiwan peliharaan di rumah mereka.
Lelaki tersebut turut menunjukkan rakaman sedang memakan telur terbabit selepas digoreng. Malah, dia juga mendakwa telur buaya mempunyai rasa tersendiri dan berbeza daripada telur ayam atau itik seperti kebiasaan orang makan.
@khairuljohari27 Replying to @azri_juhari saya try buat n rasa telor mata buaya. telor mata buaya ni rasa kenyal2 n creamy2 sikit.. tang kuning sedap.. tang putih tu rasa lain macam sikit 😅
Perkongsian video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen sehingga mencetuskan persoalan mengenai hukum memakan telur buaya memandangkan haiwan reptilia ini haram dimakan di sisi Islam.
Rupa-rupanya…
Namun, menerusi video berasingan, lelaki terbabit mendedahkan bahawa video tular makan telur bukanlah telur buaya seperti yang dinyatakan.
Dia menjelaskan buaya peliharaannya iaitu spesies Caiman belum cukup dewasa untuk bertelur dan tidak tergamak untuk memakan telur haiwan peliharaannya.
https://www.tiktok.com/@khairuljohari27/video/7254237943441771778
Halal ke tak makan telur buaya?
Pun begitu, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjelaskan mengenai hukum memakan telur buaya.
Jelasnya, mengikut mazhab Syafie telur buaya adalah halal untuk dimakan. Semua telur haiwan termasuklah yang haram dimakan adalah halal kecuali jika ia memudaratkan seperti telur ular dan juga serangga.
Memang halal mengikut mazhab Syafie. Tapi..tengok abang makan pun, terseksa nak telan tu. 😆
*semua telur haiwan [termasuk haiwan yang haram dimakan], halal telurnya kecuali yang memudaratkan seperti telur ular dan serangga. Ada pengecualian utk telur semut dan lebah sebab… https://t.co/QGQqsLMFRz
— Maktabah Al-Bakri (@maktabahab) July 11, 2023
Selain itu, al-Qalyubi juga ada menyebut bahawa semua jenis telur itu adalah suci, sekalipun ia berasal daripada haiwan yang tidak halal dimakan dagingnya.
Persoalan pun dah terjawab, jadi tak perlulah kita nak terus pertikaikan hal ini lagi.
Baca: Individu Berserban Masak Siput Babi, Netizen Persoal Halal Atau Tidak