in

Tular Video Kononnya LRT ‘Keluar Api’, Rapid Rail Beri Penjelasan

Ft Lrt Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok yang mendakwa Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Taman Melati ke Wangsa Maju mengalami kebakaran susulan video yang memaparkan gerabak tren tersebut mengalami percikan api pada awal pagi.

Namun, orang ramai tidak perlu risau terhadap dakwaan tersebut kerana pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan monorel Rapid KL, Rapid Raid Sdn Bhd telah tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar.


Menurut kenyataan Rapid Rail, pada waktu berkenaan pihaknya sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan biasa seperti yang dijadualkan.

“Kebiasaannya pada waktu berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan landasan LRT seperti aktiviti pencanaian dengan penggunaan jentera khas dijalankan bermula 12.30 pagi hingga 4.30 pagi”

Menurut maklumbalas tersebut, semasa kerja-kerja pencanaian dilakukan, akan berlaku percikan api seperti yang kelihatan pada video yang tular berkenaan dan ianya adalah perkara normal dan tidak mendatangkan bahaya pada  orang awam.

Tambah Rapid Rail lagi, proses pencanaian tersebut adalah penting bagi memastikan permukaan landasan sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk operasi harian tren-tren mereka.

Buletin Tv3 27 768X403 1

Dalam masa yang sama, pihak mereka menyatakan semua aktiviti penyelenggaraan tren dan landasan adalah mematuhi standard piawaian kejuruteraan dan keselamatan yang telah ditetapkan.

Justeru, orang ramai diminta agar tidak mewar-warkan perkara yang tidak sahih atau menyebarkan perkara berkenaan dimedia sosial.

@anokmuda92 baru berlaku,LRT t.melati ke w.maju keluar api #fyp #fypシ ♬ bunyi asal – ?MILANO?

Pada video berdurasi kira-kira 38 saat di media sosial Tik Tok seorang pengguna berkongsikan sebuah video memaparkan tren LRT dengan tajuk LRT Taman Melati ke Wangsa Maju keluar api.

Video turut ditonton lebih 600 ribu pengguna media sosial itu sekaligus menimbulkan kegusaran awam.

Baca : Wanita Diserang Di Stesen LRT Trauma, Netizen Bagi Sokongan Moral

1Trauma

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.