Hujung minggu lalu, tular sebuah video berdurasi 37 saat memaparkan beberapa individu di sebuah perumahan bertingkat bertindak memasukkan beberapa ekor kucing yang dikumpul di dalam sangkar ke dalam guni.
Pelbagai spekulasi timbul berkaitan insiden tersebut, rata-rata netizen marah dengan perbuatan yang dilihat sangat kejam itu.
Artikel berkaitan: Polis Sahkah Bangkai Kucing Di UM Akibat Serangan Anjing, Tiada Unsur Penderaan Manusia
Artikel berkaitan: Seekor Lagi Kucing Ditemui M*ti Di IPTA Selepas SPCA Tawar RM10K Untuk Cari Pelaku
Lokasi: Block A, Pangsapuri Meranti Cheras
Tarikh: 11/1/2025
Masa: Petang
Kejadian: Penduduk masukkan kucing2 yg masih hidup ke dlm guni, diikat & dibuang ke lokasi yg tidak diketahui. Minya ramai2 buat report pada @DVSMalaysia! pic.twitter.com/fH60zxnmt8— Stray Free Foundation (@StrayFreeFndn) January 11, 2025
Terbaru, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor sudah menyita kereta Nissan Sentra, beberapa guni dan sangkar dipercayai digunakan bagi mengangkut kucing-kucing tersebut, insiden itu dipercayai berlaku di kawasan pangsapuri di Batu 9, Cheras.
Difahamkan, sepasukan Pegawai Kebajikan Haiwan Negeri Selangor bergegas ke lokasi aduan untuk menjalankan pemeriksaan.
“Pemeriksaan awal pasukan mendapati kejadian dilaporkan berlaku antara jam 9 pagi sehingga 3 petang kelmarin, membabitkan penduduk di sekitar lokasi aduan, yang dalam program gotong-royong anjuran bersama pihak pengurusan bangunan (JMB) perumahan berkenaan.
Hasil pemeriksaan itu, pasukan menyita kereta Nissan Sentra, beberapa unit guni dan sangkar yang dipercayai digunakan untuk mengangkut beberapa ekor kucing untuk siasatan lanjut.
Keterangan beberapa suspek terbabit kes diambil mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593],” katanya.
Menurut DVS, kes itu disiasat mengikut Subseksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri Selangor setelah siasatan dilengkapkan.
Sumber: Harian Metro