in

Tular Video Dera Bayi Di Pusat Asuhan: Seorang Wanita Ditahan Selepas Polis Terima 3 Laporan

Pusat Asuhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, tular di media sosial berkaitan beberapa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan bayi di sebuah pusat asuhan telah didera oleh pengasuh di sebuah taska.

Rakaman CCTV itu difahamkan telah dikongsikan oleh ibu bayi berkenaan menerusi platform media sosial Threads.


Menurut wanita tersebut, anaknya yang baru berusia enam bulan telah dicampak, digolek dan dipijak dengan kaki ketika berada di bawah jagaan taska berkenaan.

Terkini, laporan Sinar Harian mendedahkan bahawa seorang wanita telah ditahan berkaitan kes dera tersebut.

16

Artikel Berkaitan: “Anak saya bukan anak patung” – Ibu Kongsi Rakaman CCTV Di Taska, Dedah Anak Usia 6 Bulan Dider* Pengasuh

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Dakwa Bayi Umur Sebulan Didera, Dip*kul, Bukan Meninggal Sebab Tersedak Susu

Difahamkan, pihak polis telah menerima sebanyak tiga laporan berkaitan kes dera bayi di taska itu.

Laporan polis mengenai kejadian tersebut melibatkan mangsa-mangsa iaitu bayi-bayi berusia sembilan dan enam bulan.

Menurut pihak polis, suspek iaitu seorang pengasuh wanita berusia 26 tahun telah ditangkap oleh polis pada 16 Disember lalu.

Wanita itu sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Difahamkan juga, setakat ini, seorang sahaja suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut, menurut siasatan awal pihak polis.

Sumber: Sinar Harian 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.