in

Tular Video Aksi Kejar Mengajar Polis Dengan Kereta Kuning Seperti Dalam Filem Di Kluang

ft polis kejar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa video di media sosial kini sedang tular memperlihatkan aksi polis peronda mengejar kereta berwarna kuning di Kampung Melayu dan bandar Kluang, Johor sejak pagi tadi.

Video yang dikongsikan oleh orang awam itu meraih ribuan jumlah tontonan yang mana rata-rata terkejut apabila melihat adegan tersebut.


Artikel berkaitan : Polis Thailand Minta Pelancong Malaysia Tak Berkunjung Ke Perkampungan Nelayan, Ini Sebabnya…

Artikel berkaitan : Polis Perketat Keselamatan Di Lokasi Tumpuan Ramai Di Seluruh Negara Susulan Kes Temb*k di Setia Alam

Dalam video tersebut, polis mengejar kereta kuning itu sebelum ditahan selepas melanggar sebuah kereta lain di lampu isyarat di tengah-tengah bandar itu.

Orang ramai memuji kecekapan anggota polis menahan kereta itu dan ada yang melabelkan aksi tersebut tak ubah seperti dalam filem. Bagaimanapun, maklumat terperici mengenai kejadian masih belum diperoleh daripada pihak polis.

Apapun kita tunggu dulu kenyataan daripada polis mengenai punca kejadian itu.

Sumber : X, Sinar Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.