Tular di media sosial mengenai sebuah dokumen yang didakwa merupakan surat rasmi mengenai penetapan waktu Solat Sunat Aidilfitri di negeri Pahang.
Surat yang tular itu menunjukkan waktu solat sunat Hari Raya Aidilfitri di negeri itu adalah pada 8.45 pagi pada tarikh 20 Mac 2026 (Jumaat).

Menurut Jabatan Mufti Negeri Pahang, surat rasmi tersebut adalah surat palsu dan bukannya dikeluarkan oleh pihak mereka kerana tarikh hari raya Aidilfitri di Malaysia masih lagi belum dapat diketahui kerana perlu melihat anak bulan terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan: Ini Penjelasan Jabatan Mufti Negeri Perak Susulan Tular 1 Syawal Mungkin Pada Jumaat
Artikel Berkaitan: Wanita Ditahan Lepas Tular Video Selamba Buat Live Sambil Makan Di Bulan Ramadan
Susulan itu, pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang menjelaskan bahawa ‘surat rasmi’ itu adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Orang ramai diminta untuk sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang atau pihak berkuasa agama Pahang untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
