in

Tular Polis Peronda Didakwa Ambil Rasuah, PDRM Tengah Cari Pemilik Video

ft polis didakwa ambil rasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis kini sedang mencari seorang pemilik TikTok untuk membantu siasatan berkenaan dengan video dakwaan anggota kereta peronda polis (MPV) menerima rasuah.

Kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, anggota polis terkesan dengan rakaman pendek berdurasi 31 saat yang memperlihatkan anggota disyaki ambil ‘suapan’ berhampiran stesen minyak, lapor Kosmo!


“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak dekat Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban.”

Screenshot 2022 07 22 182755

“Usaha untuk mengesan serta merakam keterangan pemilik akaun TikTok berkenaan sedang dijalankan bagi membantu siasatan.”

Oleh itu, polis menyeru pemilik akaun TikTok tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tarikh, masa kejadian serta nombor pendaftaran kereta peronda berkenaan untuk tampil ke hadapan.

Screenshot 2022 07 22 182832

Maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana balai polis berdekatan.

Baca : SPRM Padam Video & Perjelas Mesej Sebenar PSA Viral ‘MC Boleh Jadi Rasuah’

ft SPRM buang video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.