in

Tular Pelajar Politeknik Mendaftar Seorang Diri, Menteri Sumber Manusia Nak Ambil Jadi Anak Angkat

Ft Pelajar Poli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sebelum ini kisah mengenai seorang pelajar Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang telah mendapat perhatian Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini. Sikap mulia pensyarah dari institut pengajian tersebut iaitu Mohd Zaidil Adha Mat Hussin membuatkan menterinya, Steven Sim Chee Keong rasa kagum.

Disebabkan itu, beliau bersua dengan pensyarah dan pelajar yang dikenali sebagai Lim Zi Yang di sebuah restoran dan memberikan ganjaran RM 1,000 tunai dan sijil penghargaan kepada pensyarah atas bantuan yang diberikan.


Artikel berkaitan : Menu Siswa Rahmah Berharga RM 3.50 Boleh Didapati Di IPTA & Politeknik

Artikel berkaitan : Pelajar Sanggup Bahagi Masa Jaga Abang OKU Peroleh Anugerah Dekan Setiap Sem

@stevensimck

Kisah Zaidi dan Lim menzahirkan nilai-nilai Malaysia Madani. Tanpa mengenal bangsa dan agama, kita sama-sama membantu menjadikan Malaysia negara yang harmoni untuk semua, selama-lamanya. ♥🇲🇾 #stevensim #fyp #malaysia #kerajaanmadani #bukitmertajam #pmx #penangjalanteruih #kerajaanperpaduan #fypシ #anwaribrahim #jalanteruih #madani #perpaduan #pakatanharapan

♬ Ayah by Seventeen – MUSIC ROOM

Dalam pada itu, menerusi Facebook dan TikTok miliknya, beliau telah memberikan sumbangan sebanyak RM 3,000 kepada Lim dan mengambilnya sebagai anak angkat. Lim juga menerima elaun bulanan sebanyak RM 200 sehingga tamat belajar.

Untuk rekod, Lim merupakan anak kelahiran dari Johor yang merantau ke Pulau Pinang untuk melanjutkan pengajiannya. Dia berangkat ke politeknik itu dengan menaiki bas tanpa ditemani oleh bapanya kerana kekangan wang.

Difahamkan, ia adalah pengalaman pertama kali buat Lim keluar dari kampung halamannya di Batu Pahat dan menaiki bas ekspres, disebabkan itu, dia jadi gementar kerana tiada orang beri petunjuk dan nak dipendekkan cerita Lim tersalah capai beg dan menyedarinya setelah sampai di asrama.

Atas bantuan pensyarah, dia dapat ambil semula beg miliknya, lebih menyedihkan, pensyarahnya perasan yang Lim kelaparan dan mengajak dia makan serta singgah membeli barang keperluan dan pulang semula ke asrama.

Sumber : TikTok, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.