in

Tular Pekerja Pakai Tanda Salib, Pengurusan Dakwa Kakitangan Tersebut Sudah Diberhentikan

Ft Pekerja Pakai Rantai Salib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, sebuah restoran di Kuala Lumpur tular kerana terdapat seorang pekerja memakai rantai salib dan sekaligus ia telah menimbulkan kegusaran orang ramai.

Susulan itu, pihak pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang tampil memberikan respon dengan mengakui kesilapan mereka kerana terlepas pandang.


Artikel Berkaitan : Hadiri Parti Selepas Bebas Tuduhan Dadah, Kemunculan Aryan Khan Berantai Salib Jadi Persoalan

Artikel Berkaitan : [VIDEO] “Ingat aku ni kafir ke apa?” –  Aaron Aziz Perjelas ‘Tatu’ Didakwa Ada Bentuk Salib

Pengurus cawangan restoran tersebut yang dikenali sebagai Sofia tampil memberikan pengesahan bahawa individu tersebut memang salah seorang kakitangannya. Bagaimanapun lelaki itu tidak lagi bekerja di situ selepas diberhentikan.

Malah, pihak pengurusan juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan kurang senang selepas menonton video tular itu. Tambahnya, pihaknya berjanji untuk lebih peka dan tidak terlepas pandang dengan sebarang perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Screenshot 2023 11 20 122817

“Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu. Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.”

“Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video itu tular dengan begitu cepat.”

Screenshot 2023 11 20 122738

Jelasnya lgi, buat masa ini, restoran masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga warga tenpatan dan kesemuanya Cina Muslim.

“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Screenshot 2023 11 20 122758

“Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal).”

Sofia berkata, restorannya menerima sambutan yang memberangsangkan dan tidak menyangka ianya tular sehingga dikunjungi ramai pelanggan setiap hari biarpun baru 2 bulan dibuka.

Sumber : Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.