Baru-baru ini tular satu video seorang wanita mengamuk kepada seorang imam masjid. Dia telah ditahan di Mahkamah Majistret Georgetown telah mengarahkan wanita berusia 65 tahun itu untuk dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian psikiatri selama sebulan.
Dia diarahkan untuk melakukan ujian tersebut selepas Sofiah Abdul Majid enggan mengaku ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Georgetown hari ini.
Artikel berkaitan : Dakwa Terganggu Dengan Suara Bilal, Wanita Berang Terjah Masuk Masjid
Artikel berkaitan : Masjid Wilayah Persekutuan Sediakan Khidmat Jagaan Kanak-kanak Ketika Ramadan, Mudahkan Ibu Bapa Solat Tarawih
Bahkan, tertuduh mengatakan yang dia tidak bersetuju dengan pertuduhan tersebut apabila ditanya oleh jurubahasa mahkamah sama ada dia memahami apa yang dituduh.
Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana dia enggan menjawab sama ada dia memahami pertuduhan terhadapnya.
“Bagaimana saya nak mengaku betul? Semua itu salah. Itu adalah perkataan orang lain. Semua yang dibaca itu tipu. saya tidak setuju dengan penipuan.”
Reaksi yang ditunjukkan oleh tertuduh telah membuatkan jurubahasa mahkamah dan polis terpaksa menahan Sofiah beberapa kali daripada membuat gangguan prosiding kerana dia cuba bercakap selepas diarah untuk permerhatian psikiatri.
“Berdasarkan pemerhatian mahkamah, tertuduh kurang stabil dan perlu menjalani pemerhatian di hospital mental selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.”
Tertuduh diminta datang semula ke mahkamah bersama keputusan tersebut pada 19 April 2024, pada pukul 9 pagi.”
Sebelum ini Sofiah ada mencetuskan kekecohan apabila dia cuba tendang jurugambar yang ketika dibawa ke mahkamah.
Sebagai rujukan, Sofiah telah mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap imam dan bilal Masjid Jamek Ar-Rahman kira-kira jam 10 malam 12 Mac.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menghina bacaan imam dan bilal di masjid tersebut memabca al-Quran seperti anjing menyalak dan dirasuk hantu. Jika bersalah, dia berdepan dengan penjara maksimum setahunm denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber : mStar Online