Baru-baru ini, tular kisah sepasang bayi kembar didakwa telah hilang dilarikan oleh seorang doktor di Hospital Kuala Lipis.
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan menerusi perkongsian tersebut, individu tersebut mendakwa bahawa bayi kembar berkenaan telah dirawat di wad kanak-kanak selama sembilan bulan.
Kisah tersebut turut mendakwa bahawa bayi kembar tersebut kemudiannya telah diculik oleh seorang doktor palsu yang menyamar di hospital berkenaan.
Terkini, menurut laporan Malaysia Gazette, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka telah memeriksa bahawa tiada rekod bayi kembar dirawat di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lipis seperti yang didakwa dalam kisah tular terbabit.
Artikel berkaitan: “RM10k untuk bayar polis, tentera” – Rakan Ammar Nazhan Bongkar Kisah Di Sebalik ‘Content’ Hilang
Artikel berkaitan: “Fikirlah sebelum nak pertahankan juga” – Caprice Beri Pesanan Pada Ammar Nazhan, Lepas ‘Kantoi’ Isu Insiden Palsu
Siasatan awal telah dilaksanakan dan mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa telah menerima rawatan selama 9 bulan di wad kanak-kanak di Hospital Kuala Lipis.
Kali terakhir ibu berkenaan menerima rawatan di Hospital Lipis adalah pada Julai 2024,” jelas Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.
Manakala, bagi dakwaan bahawa ‘doktor palsu’ yang bernama Dr Amalina Husna yang merawat ‘bayi’ selama 9 bulan di Hospital Kuala Lipis pula, didapati tiada rekod bagi kewujudan doktor tersebut pernah bertugas di hospital tersebut.
Laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan hospital bagi mengelakkan sebarang berita yang tidak betul disebarkan sesuka hati oleh pengguna media sosial.
Netizen pula mendakwa bahawa gambar bayi yang dikongsikan oleh individu yang berkongsi kisah tentang kejadian bayi kembar hilang itu telah diambil daripada internet iaitu daripada aplikasi YouTube, sekali gus mematahkan dakwaan bahawa bayi itu wujud.
Anda boleh baca perkongsian daripada Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh mengenai kisah tular ini.
Sumber: Malaysia Gazette