Beberapa hari lepas, tular di media sosial satu video mengenai seorang gadis ditegur oleh bakal ibu mentua kerana suka membuat content. Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang menganggap situasi itu hanyalah lakonan untuk viral.
Namun, temu ramah mStar bersama gadis yang bernama Sofia Ari telah menjelaskan kisah sebenar yang berlaku. Rupanya situasi dalam video tersebut bukanlah lakonan seperti yang disangka oleh orang ramai.
Tak sangka benda lain yang jadi
Pada ketika itu, dia berasa amat teruja mahu berjumpa dengan ibu kepada teman lelakinya, jadi dia ingin membuat video kenangan. Sofia yang suka membuat content tidak menyangka dirinya kena sound dengan bakal ibu mentua.
Kita tak expect macam tu. Kita excited nak jumpa orang yang kita sayang, tapi bila datang, jadi benda lain. Kita nak buat benda end up positive tapi turns out benda lain.
Artikel berkaitan: Tular Gadis Kena Bebel Dengan Bakal Mertua Sebab Suka Buat Content, Doktor Dedah Rupanya Ada Plot Twist?
Artikel berkaitan: Buat Content Menang Cabutan Bertuah, Netizen Dakwa Aisar Khaled ‘Kaki Kencing’?
Ketika dibebel, dia tergamam dan tidak menyangka ada orang boleh memandangnya sebegitu. Namun, hubungannya dengan bekas teman lelaki dikatakan masih baik.
Dia tak boleh menyalahkan.. sebab itulah syurganya. Bila melibatkan parents, apa-apapun parents dulu.
Harap keluarga bakal suami boleh terima seadanya
Walau bagaimanapun, Sofia berharap bakal suami dan keluarga boleh terima dan memahami dirinya yang selalu membuat content.
Mungkin lepas ni saya kena belajar cari orang yang boleh terima saya dan family dia pun boleh terima saya.
Tak dapat dinafikan, dia berasa sedih kerana dikecam teruk oleh netizen sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar dan apa yang dilalui olehnya ketika itu.
Saya tidak menjangka reaksi netizen seperti itu sebab benda ini mungkin tidak kena dekat semua orang. Memang sedih, tak semua orang rasa benda itu. Mereka tidak tahu apa yang saya rasa dan tidak berada di tempat saya.
Tahu-tahu situasi dalam video tu memang betul jadi.. Keep strong, Sofia!
Sumber: mStar