in

Tular Isu Murid Jawab “Sebab Boleh” Dalam Exam, Azri Walter Tak Percaya Ia Benar-benar Berlaku

ft azri walter respon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang guru menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap seorang muridnya ketika menjawab kertas peperiksaan. Dalam perkongsian itu, murid berkenaan hanya memberikan jawapan ‘sebab boleh’ dalam kesemua ruangan kosong yang disediakan untuk ruangan isi jawapan.

Berikutan dengan isu ini, ramai yang ‘petik nama’ usahawan dan pempengaruh terkenal, Azri Walter di platform media sosial X (Twitter). Terpanggil dengan isu ini, Azri yang terkenal dengan slogan ‘sebab boleh dik’ dalam kata-kata motivasinya tampil memberi respon.


“Saya tak percaya 100% bahawa itu benar-benar berlaku. Maklumlah sekarang zaman attention economy dan attention emotion.

@muazsmd._

Pening

♬ bunyi asal – Muaz Samad – Muaz Samad

Menurut Azri, dia yakin bahawa insiden yang berlaku ini sebenarnya tidak benar-benar berlaku. Bagaimanapun, seandainya benar sekali pun, Azri menjelaskan bahawa ia adalah satu slogan ke arah perkara positif.

“Sebab boleh dik” ini adalah satu slogan yang bertujuan untuk RESET kepala hotak kebanyakan manusia yang telah diprogramkan bahawa mereka “tak boleh” dan minda mereka telah disekat oleh kebolehan dan kemampuan diri mereka yang sebenar. Maksudnya, tujuan saya adalah untuk memberi impak positif kepada masyarkat.”

Bagi memberikan maksud yang lebih terang dan jelas, Azri memberikan contoh-contoh pencapaian yang dia raih kerana pegangan slogan itu.

“Walaupun saya seorang marhaen lepasan SPM yang membesar di kawasan setinggan dan flat kos rendah namun saya telah berjaya menterbalikkan kehidupan saya dari zero menjadi hero menggunakan mindset ‘Sebab boleh dik’.”

F4L6dlxbEAAIsyi

Dalam pada itu, Azri turut kongsikan segala pencapaiannya sepanjang perjalanan hidupnya. Selain itu, Azri Walter juga ada membuat teguran kepada adik-adik di luar sana agar tidak menyalahgunakan slogan ‘sebab boleh dik’.

“Kepada adik-adik yang masih bersekolah dan sepatutnya tak tahu tentang media so si*l ni, abang Azri Walter nak betulkan kesalahfahaman adik-adik bahawa, sebab boleh dik ini hanya terpakai kepada perkara-perkara positif sahaja.”

“Oleh itu, saya nak adik-adik gunakan slogan ‘sebab boleh dik’ supaya boleh menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.”

“Kalau nak buat sesuatu, usah TAKUT kerana kita boleh capai apa sahaja dalam hidup dengan syarat ianya tidak mengundang murka TUHAN.”

Boleh baca penjelasan penuhnya disini…

Dia juga ada membuat teguran kepada ibu bapa agar sentiasa pantau anak-anak kecil mereka dalam menggunakan media sosial.

Baca :  “Mana adab?” – Guru Kecewa, Pelajar Jawab ‘Sebab Boleh’ Dalam Soalan Peperiksaan

sebab boleh jawab exam

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.