in

Tular Isu Murid Di Beluran, Sabah Terpaksa Belajar Dalam Khemah, PMX Arah Tindakan Segera Diambil

Sk Balaban Jaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan murid-murid di sebuah sekolah di Sabah yang terpaksa belajar di dalam khemah berikutan sekolah mereka yang mengalami masalah kekurangan bilik darjah.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Balaban Jaya, Beluran di negeri Sabah, lapor The Borneo Post.


Difahamkan, sekolah tersebut setakat ini masih lagi belum mempunyai bangunan yang kekal, jadi murid-murid sekolah berkenaan terpaksa belajar di dalam khemah dan koridor masjid.

Isu kekurangan bilik darjah sekolah di Beluran ini telah menjadi perhatian ramai termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belajar Dalam Khemah

Artikel Berkaitan: Gara-gara Banjir, Pelajar Terpaksa Meniti Batang Paip Untuk Ke Sekolah Di Sabah

Susulan itu, PMX menerusi Facebook rasmi beliau telah mengarahkan pihak berkaitan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk bertindak segera demi menyelesaikan masalah ini.

Menurut beliau, tindakan segera perlu diambil untuk memastikan keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu.

Terkini, pihak KPM juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

Kpm

Menerusi kenyataan rasmi KPM itu, difahamkan, sebahagian infrastruktur sekolah tersebut telah rosak kerana pergerakan tanah dan cerun, dan masalah ini menjadikan sekolah tidak selamat.

Antara tindakan segera yang akan diambil termasuklah memindahkan sementara murid ke SK Pekan Beluran dan pengangkutan akan disediakan untuk membawa murid ke sekolah tersebut.

Kerja naik taraf di SK Sungai Nangka juga akan dilaksanakan secepat mungkin untuk memenuhi keperluan penyuraian murid sementara menunggu pembinaan baharu SK Balaban Jaya.

Sumber: The Borneo Post

Sumber: Facebook KPM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.