in

Tular Insiden Tampar Pemain Bawah Umur, Jurulatih Bola Tampar Buat Permohonan Maaf

Jurulatih Mohon Maaf Isu Tampar Pemain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru saja masuk tahun baharu, kita dikejutkan dengan satu video viral yang memaparkan seorang jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun (B-14) didakwa telah menampar dua pemainnya.

Video yang tular di Twitter itu didakwa berlaku ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.


Flbsyi4Akaiojsj

Dapat perhatian menteri, jurulatih digantung sementara 

Susulan itu, isu berkenaan telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang meluahkan rasa marah dan tidak puas hatinya atas apa yang berlaku.

Ini salah. Saya telah berbincang isu ini dengan Fadhlina Siddiq (Menteri Pendidikan) dan kami berdua sedang mendapatkan butiran lanjut berkenaan insiden ini,” katanya di Twitter.

Perkara ini juga sekaligus membawa kepada penggantungan sementara jurulatih tersebut oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) pada 1 Januari lepas menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan persatuan tersebut.

Flbsyjfaeaev6A3

Pelatih mohon maaf, anggap pemain macam anak sendiri 

Walau bagaimanapun, semalam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, VP Shanmugam berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai pada hari kejadian 16 Disember lalu apabila jurulatih terbabit memohon maaf kepada dua pemainnya sejurus selesai saingan separuh akhir, lapor Berita Harian.

Flefxm3Akae2 H

“Jurulatih yang juga guru sebuah sekolah rendah itu juga sudah menemui kedua-dua ibu bapa pemain berkenaan bagi memohon maaf di atas insiden itu serta menjelaskan perkara yang sebenarnya terjadi.

“Saya anggap perkara ini sudah selesai apabila ibu bapa dan pemain menerima permohonan maaf jurulatih itu secara sukarela dan tidak membuat laporan polis.

Berdasarkan rekod, ia adalah kejadian pertama berlaku sejak guru itu menjadi jurulatih pemain terbabit sejak di sekolah rendah hingga menengah.

“Dia adalah seorang jurulatih, guru yang amat berdedikasi dan melatih pasukan bawah 14 tahun ini bukan sehari dua, malah sejak sekolah rendah serta menganggap pemainnya macam anak sendiri. Apapun, perbuatan menampar itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya dalam sidang media semalam.

Pun begitu, keputusan sama ada menggantung tugas jurulatih berkenaan akan diputuskan selepas mesyuarat pasca EXCO Rabu ini.

Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap jurulatih tersebut meskipun MAVA memutuskan tindakan menggantung guru terbabit dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan.

Kita tunggu apa keputusan selanjutnya. Apa-apapun diharapkan insiden seperti ini tak berlaku lagi di masa hadapan. 

Baca: Netizen Bengang Tengok Individu Dera Kanak-Kanak, Kena Tampar Dan Cubit Sampai Terangkat!

Biadap

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.