Masih kecoh berkenaan isu sebuah restoran makanan laut yang didakwa memberikan harga yang ‘cekik darah’ seperti yang dikongsikan oleh isteri kepada penyampai radio dan penyanyi terkenal, Mawi iaitu Ekin.
Terbaru, restoran yang terletak di bandar Johor Bahru itu difahamkan telah diberikan notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor.
Artikel berkaitan: “Kami makan tak sampai 20 orang” – Ekin Beri Kenyataan Balas Penjelasan Pemilik Restoran Seafood
Artikel berkaitan: “Datang 20 orang” – Dituduh Caj Makanan Mahal, Pemilik Restoran Seafood Beri Penjelasan
Menurut laporan Berita Harian, pengarah KPDN, Lilis Saslinda Pornomo, berkata tindakan diambil mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna iaitu harga yang mengelirukan.
“Kelmarin (Selasa) kedai makan ini ditutup, oleh itu pemantauan dilakukan semalam (kelmarin).
Penguat kuasa sudah memantau harga dan operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai. Bagaimanapun kes masih dalam siasatan,” katanya.
Sebelum ini, Ekin Rahmat berkongsi dia mengakui sangat terkejut dengan bil yang dikenakan selepas menikmati makan malam di restoran tersebut hujung minggu lalu.
Pemilik restoran berkenaan sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut dan mengatakan Ekin serta keluarganya datang ke restoran mereka kira-kira seramai 20 orang, disebabkan itu harga bil mereka sangat mahal.
Sumber: Berita Harian