in

Tular Gambar Staf Cium Doh, Auntie Anne’s Buang Pekerja & Tutup Premis Sementara

Syaz Ft 2024 10 09T110247.212

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebersihan serta keselamatan makanan amat penting dalam operasi restoran, pun begitu kadangkala ada individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan kebersihan.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang pekerja kiosk makanan terkemuka Auntie Anne’s bertindak mencium doh yang belum dibakar kemudian memuat naik gambar perbuatannya itu di media sosial.


Artikel berkaitan: “Kami tiada niat mengejek, tiru content viral je” –  Buat Usahawan OKU Tersinggung, Restoran Mohon Maaf

Artikel berkaitan: Basuh Pinggan ‘Celup-celup’ Dalam Tong Sampah, Netizen Geli Tengok Restoran Ni Tak Jaga Kebersihan

Cats 7

Dalam sebuah kenyataan rasmin, pihak Auntie Anne’s difahamkan telah memberhentikan dengan serta-merta pekarja yang dikenali sebagai Alice Chang itu dan menutup sementara premis di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

“Sebagai langkah proaktif kami, cawangan terlibat akan ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.

Kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak Auntie Anne’s juga berharap agar pelanggan memahami situasi ini selain memberitahu bahawa pihak mereka amat mengutamakan keselamatan pelanggan.

Aduhai, pelik je perangai…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.