Baru-baru ini kecoh di TikTok tentang seorang indvidu yang mendakwa Restoran Chef Wan telah menganiaya pekerja-pekerja restoran itu dengan tidak membayar OT (Overtime pay) dan gaji pekerja juga diturunkan.
Dakwaan tersebut kemudiannya dikongsikan semula di platform X oleh netizen lain dan perkara ini telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial.
Wah..tea..huhu pic.twitter.com/ln5AeqvMDC
— Daddy Afqar (@zua_al_azmi) January 12, 2024
Namun, Chef Wan telah tampil menafikan dakwaan dan tuduhan itu menerusi Instagramnya semalam agar tiada salah faham dalam kalangan pelanggan restoran dan juga netizen.
Chef Wan menjelaskan bahawa peranan beliau dalam Kumpulan Restoran Chef Wan hanyalah dari segi resipi, menu serta kualiti makanan, manakala hal ehwal pekerja pula ada di bawah tanggungjawab rakan kongsi perniagaannya iaitu Andre dan pasukannya.
Artikel Berkaitan: “Tuduhan tak berasas dan agak memalukan” – Cef Nasi Arab Terkenal Didakwa Aniaya ‘Runner’?
Artikel Berkaitan: “Ringan dan berangin je” – Chef Wan Kongsi Gambar Terkini Selepas Rawatan Kemoterapi
Selain itu, Chef Wan turut meminta penjelasan daripada rakan perniagannya serta pengurus restoran (GM) tentang dakwaan tidak bayar gaji OT pekerja terbabit.
Saya bertanya kepada rakan perniagaan dan pengurus besar untuk menjelaskan adakah dakwaan tersebut benar kerana perkara ini membabitkan nama saya yang tidak berdosa ini. Saya diberitahu dakwaan itu tidak betul,” kata Chef Wan.
Difahamkan, memang ada pekerja restoran yang diberhentikan kerja atau dipotong gaji namun mereka diberhentikan kerana didapati tidak berdisiplin dan didapati telah menipu syarikat.
Jadi, ada beberapa staf yang tak gembira dan memutuskan untuk berhenti kerja.
Selain itu, Chef Wan turut mendedahkan bahawa ada pekerja yang sering bergaduh dan perkara itu telah memberi kesan buruk kepada perkhidmatan dan makanan yang disajikan di restoran itu.
Tak kan mereka sampai tak boleh ditegur? Tak kan kita sebagai majikan nak tunduk kepada perbuatan-perbuatan fitnah atau ugutan mereka? Saya cuba untuk faham kedua-dua belah pihak kerana saya ingin mencari puncanya supaya nama saya tak tercalar,” tulisnya lagi di Instagram.
Sumber: Instagram @_chefwan58