Dunia maya baru-baru ini kecoh dengan spekulasi kononnya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sudah meninggal dunia atau cedera parah selepas laporan mengenainya tersebar luas melalui media kerajaan Iran.
Bagaimanapun, Netanyahu tampil menjawab khabar angin tersebut dengan cara tersendiri iaitu melalui sebuah video santai yang menunjukkan beliau sedang menikmati kopi di sebuah kafe di pinggir Baitulmaqdis pada Ahad lalu.
Artikel berkaitan: Netanyahu Mengamuk Dengan Menterinya Sebab Hina Arab Saudi Sampai Hampir Rebah
Artikel berkaitan: Lebih 400 Orang Terkorban, Netanyahu Dakwa Serang G*z* Untuk Pastikan Tebusan Dibebaskan
אומרים שאני מה? צפו >> pic.twitter.com/ijHPkM3ZHZ
— Benjamin Netanyahu – בנימין נתניהו (@netanyahu) March 15, 2026
Dalam rakaman yang dimuat naik di X miliknya, Netanyahu dilihat berbual mesra dengan pembantunya. Menariknya, beliau sempat menggunakan permainan kata ataupun dalam bahasa Ibrani yang bermaksud ‘gilakan’ sesuatu (menggunakan perkataan dead) bagi menyindir dakwaan kematiannya. Beliau secara bersahaja mengatakan bahawa beliau sangat ‘gilakan’ kopi tersebut, sama seperti beliau ‘gilakan’ rakyatnya.
Walaupun agensi berita antarabangsa seperti Reuters sudah mengesahkan lokasi kafe tersebut berdasarkan imej fail dan hantaran media sosial pemilik premis pada hari yang sama, ia tetap tidak memadai bagi sesetengah pihak. Netizen mula membedah video tersebut dengan teliti dan mendakwa wujudnya unsur Kecerdasan Buatan (AI) dalam rakaman itu.

Antara perkara yang menjadi bualan hangat adalah perubahan bentuk wajah Netanyahu yang dikatakan berubah dari bulat ke oval selepas beliau tunduk melihat kopi. Selain itu, ada juga yang mendakwa kedudukan poket bajunya kelihatan tidak konsisten dan pergerakan air kopi dalam cawan nampak mencurigakan, seolah-olah ia adalah hasil janaan komputer.
Isu ‘enam jari’ yang pernah tular dalam sidang akhbar sebelum ini turut dijawab dalam video ini. Netanyahu secara sarkastik mengangkat kedua-dua belah tangannya ke arah kamera sambil meminta orang ramai mengira sendiri jarinya bagi membuktikan beliau bukanlah watak digital yang cacat. “Lihat di sini dan di sini. Nampak? Semuanya cukup bagus,” katanya sambil tersenyum sinis ke arah lensa.
Sumber: X
