Baru-baru ini, tular satu dakwaan di Twitter yang mendakwa kaunter aduan khas PDRM di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Medan Selera Karak kosong kerana pegawai yang bertugas mendahulukan makan sarapan pagi.
Jelas individu tersebut yang tidak didedahkan identitinya, kaunter aduan tersebut sepatutnya dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga ke 4.00 petang. Namun, pegawai yang bertugas hanya tiba pada pukul 9.30 pagi dan kemudiannya pergi sarapan.
Sambung individu tersebut, orang awam di situ sudah menunggu sejak pukul 8.00 pagi lagi untuk membuat aduan. Dia turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pegawai yang tiba lewat untuk bertugas.
PDRM beri penjelasan
Pada awal pagi tadi, PDRM menerusi akaun Twitter rasmi ada mengeluarkan satu kenyataan berkenaan isu yang tular tersebut.
Jelas PDRM, tujuan pihak mereka membuka kaunter aduan khas di PPS adalah untuk memudahkan urusan mangsa banjir dalam membuat laporan polis.
Jadi, luahan dan kekecewaan yang berlaku di kaunter aduan khas tersebut akan disiasat sepenuhnya dan tindakan susulan akan diambil ke atas tugas tersebut.
https://twitter.com/PDRMsia/status/1474898020051283972
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar turut meminta individu yang terlibat agar tampil memberi kerjasama untuk membantu siasatan.
BACA: Isu Wanita Angkut ‘Oven’ Dari Mydin Mart Masa Banjir, Ini Rupanya Yang Terjadi