Susulan aduan awam, seramai 23 pemandu telah dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan memandu melawan arus di Jalan Mahkota Cheras.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, ‘nak cepat’ antara alasan yang diberikan pemandu.
“Sebanyak 54 kenderaan diperiksa menerusi operasi selama kira-kira tiga jam yang bermula pada 6 pagi.
“Sebanyak 23 notis dikeluarkan atas kesalahan memandu melawan arus, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (dua) dan tiada insuran (dua),” katanya.
Dalam pada itu, Azrin menegaskan pihaknya akan sentiasa menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan ke atas setiap aduan bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi.
Artikel berkaitan: Tular Video Geng Rempit ‘Berjemaah’ Guna 2 Lorong Lawan Arus, Ini Puncanya…
Artikel berkaitan: Berselisih Faham Dengan Isteri Punca Lelaki Hilang Fokus Bawa Kereta Lawan Arus
Tular banyak kereta lawan arus
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang pemandu menekan hon selama beberapa minit berikutan laluannya dipenuhi kenderaan yang melawan arus.
Dalam video itu jelas kelihatan berlaku kesesakan di laluan bertentangan kerana beberapa pemandu memandu secara melawan arus.
@daydayeric Korang suruh hon kan? HARI NI AKU BUAT! 😤🔊 #LawanArusLagi #HonChallenge #MalaysiaRoad #DashcamMY #AkuDahHon #KeretaGila
Sebelum ini, pemilik video ada berkongsi video memaparkan keadaan di jalan sama apabila banyak kenderaan yang melawan arus sehingga kenderaan yang berada di lorong itu pula terpaksa mengelak daripada melanggar mereka.
Tindakan pemandu yang melawan arus itu telah menyebabkan dia terpaksa menunggu mereka untuk mengubah ke lorong sepatutnya.
Dikatakan, kebanyakan kereta yang melawan arus di situ kerana mahu menghantar anak mereka pergi ke sekolah yang berdekatan dengan jalan tersebut.
Sumber: Harian Metro