Banyak perkara yang boleh berlaku di set penggambaran filem atau drama dan antara yang kerap berlaku ialah kecederaan semasa berada di lokasi tersebut.
Baru-baru ini, pelakon terkenal Malaysia, Fasha Sandha memberitahu menerusi laman Instagram miliknya bahawa dia telah mengalami kecederaan yang agak teruk ketika melakukan sebuah babak bergaduh bersama Azhan Rani.
https://www.instagram.com/p/CpRE5KjDrPc/
“Kakak (Fasha) mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam).
Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital pakar di Johor Bahru.
Insyaallah akan berpindah ke Pakar KL petang ni atau esok pagi. Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak,” tulis kenyataan tersebut.
Disebabkan insiden malang tersebut, pihak produksi telah tampil membuat permohonan maaf kepada Fasha dan keluarganya atas apa yang berlaku.
Pun begitu, pemenang Pelakon Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 itu tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap kejadian yang terjadi itu berlaku di luar jangkaan.
Semoga Fasha cepat sembuh!
Baca: [VIDEO] “Rider” Tular Tak Lari Lepas Tergesel Kereta, Fasha Sandha Jemput Datang Rumah