Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan sebuah hotel milik Global Ikhwan Services Business Holding (GISBH) yang bernama Ikhwan Hotel tiba-tiba bertukar nama.
Video tersebut dirakamkan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan, menerusi video itu kelihatan beberapa individu menukar papan tanda nama hotel berkenaan kepada nama lain pada waktu malam.
Artikel berkaitan: Op Global: Polis Rampas Helaian Janggut Dalam Premis GISBH
Artikel berkaitan: “Peralatan memasak dalam sinki tak dibasuh” – Premis Perniagaan Milik GISBH Dilihat Seperti Ditinggalkan Dalam Keadaan Tergesa-gesa
From Ikhwan Hotel to Musfa Hotel real quick ?
Credit ? owner https://t.co/8G81Vaj8tv pic.twitter.com/qhSDWO4qBl
— ~(⊙_⊙)~ (@firulfireblade) September 23, 2024
Meskipun pelbagai spekulasi menyelubungi insiden tersebut namun difahamkan pemilik hotel berkenaan sendiri telah membatalkan perkongsiannya (partnership) dengan GISBH susulan siasatan polis terhadap syarikat itu.
Menurut laporan NST, pemilik hotel, Musab Abdul Rahman berkata, dia sebelum ini berhubung dengan GISBH untuk menguruskan hotel tersebut.
Bagaimanapun, susulan serbuan polis di premis berkaitan GISBH, Musab berkata tempahan di hotel tersebut semakin berkurang.
Malah, dia juga berkongsi kesemua pekerja hotel berkenaan telah pun letak jawatan, Musab berkata dia tidak mahu terkait dengan GISBH dan itu merupakan sebab dia menamatkan perkongsiannya dengan syarikat itu.
Hotel itu kini dikendalikannya sendiri bersama anak serta isterinya.