in

Tukar Laluan Himpit Motosikal 4 Beranak Hingga Cedera, Polis Tahan Pemandu Trak Pikap

pemandu trak pikap ditahan polis

Tular sebuah rakaman video dashcam petang semalam menunjukkan sebuah trak pikap jenis Ford Ranger telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggangi empat beranak selepas menukar laluan secara melulu.

Dalam kejadian itu, pemandu trak dari arah Sungai Besi ke Balakong menukar laluan secara tiba-tiba dan melanggar motosikal yang dinaiki keluarga dari lorong sebelah.

Impak daripada pelanggaraan tersebut menyebabkan keempat-empat mereka terjatuh ke bahu jalan.

Artikel berkaitan: Bas Sekolah Hilang Kawalan, Rempuh 2 Pelanggan Gerai Nasi Kukus Tepi Jalan

Artikel berkaitan: “Bahaya betul!” – Tular Video Peti Ais ‘Terbang’ Daripada Trak Pikap Di Lebuh Raya

https://twitter.com/Tfsgxy_/status/1734500999140880849

Walaupun video tersebut kelihatan seperti kemalangan langgar lari, namun pada penghujung rakaman tersebut jelas kelihatan pemandu trak itu berlari ke arah mangsa.

Dalam perkembangan lain, netizen turut berkongsi keadaan terkini keluarga tersebut dengan berkongsi sebuah gambar yang memaparkan kanak-kanak perempuan itu sedang mendapatkan rawatan.

Menerusi perkembangan terbaharu, polis telah menahan pemandu trak pikap yang libat dalam kemalangan di Lebuhraya Besraya berhampiran persimpangan Puchong.

“Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang suami isteri berusia 30 tahun bersama anak mereka berumur lima dan tujuh tahun, manakala Ford Ranger dipandu lelaki berusia 21 tahun.

“Dalam insiden itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera ringan, manakala individu lain tidak cedera.

“Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak dan pemandu Ford Ranger itu ditahan sebelum dituduh di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut polis, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan.

Sumber: Harian Metro