Di Sichuan, China, ada seorang pencuci pinggan telah menarik perhatian orang ramai kerana dia dihantar dan dijemput di tempat kerjanya setiap hati menggunakan kereta mewah jenis Bently Mulsanne.
Berdasarkan sumber, wanita itu, bukanlah orang miskin, tetapi dia melakukan kerja cuci pinggan di sebuah hotel itu hanya untuk mengisi masa lapangnya. Wanita yang dilihat sudah berumur, berpakaian biasa ini rupa-rupanya seorang jutawan.
“Saya kerja di hotel bukan nak dapatkan wang, tetapi kerana saya sangat bosan di rumah dan rasa tak selesa jika saya tidak mencuci pinggan selama sehari.”
Menurut sumber, wanita itu dihantar dan dijemput oleh anak perempuannya setiap hari. Lapor sumber lagi, pada awalnya pemilik hotel ragu-ragu melihat kemampuan wanita tersebut untuk ambil bekerja tetapi selepas memerhatikannya, dia mendapati bahawa wanita itu merupakan seorang pekerja yang bagus.
Malah, dia juga dipuji oleh rakan sekerja kerana sikap rendah dirinya dan sangat mudah untuk didekati. Pada mulanya, anak perempuan wanita ini berat hati untuk membenarkan ibunya terus bekerja, tetapi dia dia akhirnya benarkan, jadi anaknya akan hantar pergi dan ambil untuk balik kerja setiap hari bagi untuk memudahkannya.
Baca : “Biar betul!” – Netizen Terkejut Restoran Tawar Gaji RM3,000 Kerja Cuci Pinggan