in

“Tujuan mewarnakan rambut hanya saja-saja takde masalah” – PU Azman Perjelas Isu Warnakan Rambut

Inai Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti masih ada yang tertanya-tanya apakah hukum sebenar mewarnakan rambut dalam Islam. Adakah ianya haram? Harus ? Makruh ?. Timbul persoalan seperti ini dalam kalangan warganet kerana ada yang masih belum jelas mengenai hukum mewarnakan rambut.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh pengguna Instagram yang memaparkan live video antara seorang remaja yang bertanyakan soalan kepapda PU Azman, adakah solat dan mandi wajib sah kalau colour rambut. 


https://www.instagram.com/tv/CBGs8y7gBLZ/?igshid=bhfu63qyfp20

Apa yang dikongsikan oleh PU Azman melalui live IG tersebut ialah hukum mewarnakan rambut sama ada menggunakan inai tradisional ataupun bahan chemical process hukumnya harus.

Puazman

Hal ini demikian kerana proses mewarnakan rambut daripada warna rambut asal tidak kira daripada inai alam semulajadi atau campuran daripada kilang-kilang dengan bahan-bahan moden tidak ada masalah.

Rambut

Dalam pada itu, netizen ada meringkaskan apa yang PU Azman mention dalam perbualan tersebut yang mungkin boleh lagi memudahkan warganet.

Ringkasan

Namun, pastikan kandungan dalam produk yang digunakan bukan daripada najis, tidak menjejaskan nyawa dan kesihatan, tidak mengahalang air daripada wudhu dan mandi wajib dan warna yang digunakan tidak mendatangkan fitnah.

Mungkin dengan perkongsian ini masyarakat khususnya yang beragama Islam lebih tahu apa sebenarnya hukum mewarnakan rambut.

Baca : “Beraninya kau untuk hadapi malaikat” – Teguran Pedas PU Azman Buat Netizen Yang Main Filter Keranda DI IG Story

Cikman

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.