Keadaan di negeri Sabah ketika pandemik Covid-19 kini amat membimbangkan. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mengerahkan aset negara untuk membina sebuah hospital medan di Tawau, Sabah.
Menerusi tweet Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia @DGHisham, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pembinaan hospital medan tersebut adalah untuk kegunaan merawat pesakit bukan Covid. Untuk info lebih lanjut, korang boleh baca tweet beliau kat bawah ni.
Terima kasih KKM & TUDM
Rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada KP Kesihatan atas usaha membendung penularan wabak ini di Sabah. Pihak KKM dan TUDM juga diberikan penghargaan dan doa dari netizen agar sentiasa dilindungi dari terkena wabak ini.
Amiinnn. Semoga kerjasama dan usaha ini dipermudahkan. Terima kasih kepada barisan frontliners yang sanggup berkorban untuk negara.
Betul tu, musuh ni kita tak nampak. Halus dan boleh meragut nyawa. Kita sebagai rakyat kena patuhi SOP untuk ringankan beban frontliners kita. Itu je cara yang kita boleh bantu.
Terima kasih TUDM dan KKM. Semoga segala urusan dalam memberikan kesihatan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia dipermudahkan.
Untuk kita rakyat Malaysia, sentiasa patuhi SOP dengan memakai facemask di tempat awam dan kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer. Ingat #KitaJagaKita