Rasanya macam dah lama jugalah kan kita ni semua tak berkunjung ke bazar Ramadan mahupun pasar malam semenjak COVID 19 melanda negara kita ini.
Namun pada tahun ini, kerajaan telah membenarkan bazar Ramadan di beberapa lokasi dekat beberapa negeri beroperasi dan nampaknya orang ramai seperti ‘lepas geram’ nak berkunjung ke bazar ini.
Menerusi perkongsian Facebook Penang Kini semalam, beberapa gambar tular menunjukkan orang ramai sanggup beratur panjang demi nak memasuki Bazar Ramadan Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tudiaaa hampa!
https://www.facebook.com/penangkini/posts/3007459546158177
Menerusi perkongsian tersebut, pihak penganjur katanya telah mengetatkan peraturan dan SOP demi keselamatan serta mengelakkan risiko penularan wabak COVID 19 di kawasan sesak tersebut.
Malah pada hari pertama bazar ini dibuka, pengunjung katanya terpaksa beratur hingga lebih 50 meter jauh dari Jalan Dato Haji Ismail ke laluan masuk utama bazar tersebut seawal 4.30 petang. Wow!
Menurut Utusan Online, penganjur bazar juga terpaksa mengehadkan kapasiti pengunjung seramai 200 orang pada satu-satu masa berikutan mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.
Suasana pada hari pertama bazar Ramadan hari ini agak kelam-kabut disebabkan kami perlu memastikan pemantuhan SOP terutama jumlah kehadiran pengunjung.
“Hari ini sahaja, operasi bazar Ramadan mencatatkan bilangan pengunjung seramai 1,200 orang dalam tempoh hampir tiga jam beroperasi sehingga pukul 7.30 petang tadi.
“Buat masa ini, belum ada had masa dikenakan untuk pengunjung membeli-belah juadah berbuka. Kami harap mereka patuh SOP Covid-19 yang ditetapkan,” kata penganjur.
“Pecah peluh gak lah beratoq”
Rata-rata netizen yang melihat situasi berkenaan berpendapat mereka lebih rela masak di rumah daripada terpaksa beratur di tengah panas berjam lamanya demi nak masuk ke dalam bazar.
Apa-apapun ada juga yang bersyukur para peniaga kecil dapat rezeki yang banyak dengan ramainya pengunjung datang ke bazar tersebut.
Fuhh rindunyaaa nak pergi bazar Ramadan kan?
Baca: Bazar Ramadan: Warga Emas Tak Digalakkan Pergi Bazar, Kirim Makanan Kepada Orang Muda