Beberapa minggu lepas, dunia politik dikejutkan dengan usaha Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menubuhkan parti politik berteraskan golongan belia.
Hendak seribu daya, tak mahu sejuta dalih.
The time is now. Masa untuk ambil alih. pic.twitter.com/ufnwQqy9Qx
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 1, 2020
Tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan ini menerima banyak reaksi daripada rakyat Malaysia, turut tidak terlepas ahli politik lain yang tidak menyokong tindakan Syed Saddiq itu.
Jika sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir secara jelas menyatakan bahawa parti anak muda ini akan gagal dan beliau menolak untuk bekerjasama dengan parti pimpinan Syed Saddiq itu, kini ada suara lain pula yang menyokong kenyataan itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Ir Hasni Mohammad menjelaskan bahawa anak muda dan ‘orang lama’ perlu bersama untuk meraih perpaduan, bukan berjuang di bawah parti yang khusus untuk anak muda sahaja.
Jelas Menteri Besar Johor itu, penubuhan parti khusus untuk anak muda memberi gambaran seolah-olah mereka tidak menghormati ‘orang lama’.
“Anak muda di Johor sudah ada saluran untuk mengetengahkan suara mereka”
“Justeru tidak perlu terikut-ikut dengan sebuah parti khusus untuk orang muda seperti yang mahu ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Muar”
Apa pendapat anda dalam isu ini?
Sumber: MalaysiaKini
BACA: “Takkan berjaya” – Tun M Anggap Usaha Syed Saddiq Tubuh Parti Baharu Untuk Orang Muda Hanya Sia-Sia