in

Tuan Rumah Buat Hal, Masuk Bilik Buat Benda Tak Senonoh Masa Penyewa Keluar Bekerja

Ft Tuan Rumah Buat Aksi Tak Senonoh

Selalunya kita akan dengar kes-kes melibatkan tuan rumah meluahkan rasa tak puas hati dengan sikap penyewa daripada neraka, namun berbeza pula dengan satu kes dari Singapura ini.

Ketika seorang penyewa wanita berusia 23 tahun sedang bekerja, tuan rumahnya didakwa masuk ke dalam biliknya dan melakukan aksi tidak senonoh menggunakan seluar dalam mangsa.

Wanita yang berasal dari Malaysia itu meluahkan rasa ngeri melihat kejadian yang berlaku pada 17 Mei lepas saat melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangnya di dalam bilik, lapor The Star.

Dia dan teman lelakinya telah menyewa satu bilik di sebuah rumah yang terletak di Toa Payoh sejak Jun 2022. Wanita itu memberitahu sumber bahawa terdapat empat penyewa tinggal di flat berkenaan yang terdiri daripada pasangan warga Singapura yang sudah berkahwin (tuan rumah) dan pasangan dari Malaysia.

Screenshot 2023 07 07 122912

Teman lelaki wanita itu berkata mereka telah memasang kamera di dalam bilik kerana diberi amaran bahawa tuan rumah ada membawa orang lain masuk ke dalam rumah itu ketika penyewa tiada.

Jadi, setelah memasang kamera tersebut, penyewa wanita itu ada menerima notifikasi pada telefonnya kira-kira jam 2.30 petang pada 17 Mei yang memberitahu bahawa seseorang telah memasuki biliknya.

Apabila dia melihat rakaman tersebut menerusi telefon pintar, dia nampak tuan rumahnya masuk ke dalam bilik dalam keadaan berbogel sebelum ambil seluar dalam milik wanita itu untuk melempiaskan nafsunya.

“Saya benar-benar terkejut dan tidak dapat menahan diri daripada menangis. Saya tidak dapat mematikan rakaman kerana saya perlu merakam apa yang berlaku untuk mengumpul bukti.”

Dia ada membuat laporan polis pada malam itu dan siasatan sedang dijalankan. Sementara itu, teman lelakinya berkata, pasangan tuan rumah itu tidak meminta maaf dan enggan membayar balik sewa bulanan dan deposit bilik mereka sebanyak $1,900.

Pexels Photo 7508683

Bagaimanapun dia kini telah menemui tempat tinggal baharu. Selepas kejadian tersebut, wanita itu berkata dia membuang semua seluar dalamnya kerana dia tidak tahu yang mana satu telah disentuh tuan rumah. Dia juga membasuh semua pakaiannya.

Disebabkan peristiwa hitam itu juga, dia telah mengalami trauma dan takut apabila melihat orang di dalam kereta api yang menyerupai tuan rumahnya.

Dia juga tidak dapat memberi tumpuan dan terpaksa mengambil cuti dari kerja sebanyak beberapa kali tetapi kini keadaannya lebih baik selepas mendapat bantuan profesional.

Baca : “Penyewa dari neraka” – [VIDEO] Tuan Rumah Bengang, Bilik Sewa Ditinggalkan Macam Tongkang Pecah

Penyewa Dari Neraka