Kalau korang tengok sekarang, ramai orang dekat luar sana mempamerkan solidariti mereka terhadap Palestin dengan memakai mafla ataupun baju yang berwarna bendera Palestin.
Namun begitu, satu kejadian yang menghiburkan hati telah terjadi kepada seorang rider yang ditegur oleh seorang wanita.
@grab_nizam betul la org cakap perempuan nih mata dia tajam x leh nak corner baring tapi benda dah beli kan pakai je la
Video yang dimuat naik oleh @grab_nizam di TikTok miliknya menunjukkan dia sedang memakai baju t-shirt berwarna merah, hijau, hitam dan putih yang boleh disamakan dengan warna bendera Palestin. Dia juga mengikat kain mafla Palestin di lehernya.
Kena tegur dengan stranger
Dia berkongsi kisahnya ditegur oleh seorang wanita kerana memakai baju berwarna Palestin. Wanita itu juga sempat memuji dahulu semangat solidariti rider tersebut.
Dengan rendah diri, rider ini juga menyatakan semangatnya menyokong Palestin melalui baju dan mafla yang dipakai.
Saya tak mampu nak buat apa. Mungkin ini sahaja cara saya support.
Namun begitu, wanita tersebut terus menegurnya,
Dik, akak cakap kau jangan marah tau. Baju yang kau pakai tu baju muslimah, dik!
Artikel berkaitan: Tak Dapat Sertai Secara Nyata, Remaja Bawah Umur Buat Solidariti Untuk Palestin Dekat Roblox
Artikel berkaitan: Individu Terharu Bertemu Lelaki OKU, Merangkak Sambil Berzikir Join Solidariti Untuk Palestin
Cutting baju agak berbeza
Rider tersebut terus ketawa kerana ditegur memakai baju muslimah. Dia juga tidak menafikan potongan baju tersebut agak sedikit berbeza kerana ia labuh di bahagian lengan dan juga menutupi punggung.
Saya ingat takde apa-apa… Ini baju muslimah beb! Nampak? Menutupi punggung!
Di ruangan komen, ramai netizen juga terhibur dengan kisah yang dikongsikan oleh rider itu.
Ada yang berkata, potongan baju muslimah kebiasaannya labuh hingga ke paras lutut. Mungkin baju yang dipakai rider tersebut adalah potongan baju untuk perempuan.
Terhibur min dengar abang rider ni cerita!
Sumber: TikTok