Malaysia dikurniakan dengan kepelbagaian kaum serta budaya, kita sebagai rakayat Malaysia harus sentiasa berganding bahu serta bertoleransi dalam menjadikan ibu pertiwi kita ini lebih majmuk dan harmoni.
Banyak perkara yang menyatukan kita semua, ia termasuklah kecintaan kita terhadap makanan serta semangat untuk berada di persada dunia.
Baru-baru ini, sebuah gambar di Facebook telah tular dan ia sememangnya memaparkan kesatuan serta sifat kemanusiaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM menerusi laman Facebook berkongsi seorang anggota polis trafik telah terlibat dalam sebuah kemalangan dan kelihatan beberapa orang awam di sekitar telah menolong anggota tersebut.
https://www.facebook.com/JSPTPDRM/posts/pfbid0JUbrZ9LC2QW4FB9AP4hNbcXY4SuUPMRJLvX7j33Hcfc2tZXK9KD4qVVzUgbAEZn3l
Difahamkan, pada 24 September lalu, kira-kira pada pukul 6.50 petang, Kpl Ahmad bin Mat Said yang sedang bertugas di BSPT Johor Bahru Selatan telah terlibat kemalangan ketika menjalankan tugas semasa menunggang motosikal Honda CBX berdekatan Tambak Johor.
“You all are truly Unsung Heroes”
Apa yang menarik perhatian ialah kelihatan beberapa orang awam pelbagai kaum malah ada juga seorang wanita yang membantu anggota polis trafik tersebut.
“Syukur Allhamdulillah, kerana keadaan Kpl Ahmad berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami luka di bahagian lutut kaki.” tulisnya.
Posting berkenaan diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu anggota polis trafik berkenaan malah pihak PDRM juga berkata jasa baik mereka tidak dapat dibalas dengan kata-kata.
Inilah Malaysia-ku!
Baca: “Mana ada!” – Netizen Bengang Malaysia Di Tangga Kedua Negara Paling Rasis Di Dunia