Seringkali kita dengar mengenai negara maju yang dihiasi dengan bangunan tinggi-tinggi serta teknologi yang menjangkaui zaman. Rakyatnya turut mendapat mendapat kemudahan kelas pertama dan kehidupan mereka seakan-akan sempurna.
Tapi bagaimana pula dengan negara mundur? Masih ada lagi ke negara yang mundur dikala banyak negara dunia sedang pesat membangun.
Hari ini, min nak share 5 negara yang masih mundur, tak perlu tengok jauh, kita tengok di benua Asia dahulu.
1. Afghanistan
Bila disebut mengenai negara ini, mesti ramai yang pantas terbayang kotornya tanah serta bangunan yang banyak dihancurkan akibat menjadi mangsa perang.
Tidak dinafikan, kewujudan perang yang berpanjangan ternyata menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kemunduran negara itu.
Perkembangan ekonomi yang terbantut menyebabkan negara itu gagal untuk mewujudkan semula infrstruktur bagi kegunaan rakyatnya.
Bagai jatuh ditimpa tangga, negara itu turut mengalami isu untuk mendapatkan air bersih yang sudah kita sedia maklum merupakan sumber yang penting untuk kelansungan hidup.
Min yang sebulan sekali tak ada air dekat Selangor pun dah tak keruan, ni kan lagi penduduk Afghanistan ni…
Lebih parah lagi, purata pendapatan negara yang dicatatkan bagi Afghanistan hanyalah sebanyak RM 2,626 berbanding purata yang dicatatkan bagi negara mundur yang lain iaitu sebanyak RM 5,098.
2. Tajikistan
Buat yang tak pernah dengan nama negara ini, Tajikistan merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tengah serta dikelilingi oleh negara Afghanistan, Kyrgystan dan Uzbekistan.
Tidak dinafikan, negara ini mempunyai lokasi yang cukup cantik dan menarik untuk dilawati kerana ia menyajikan pemandangan yang sangat menarik. tapi mengapakah negara ini masih dikategorikan sebagai negara mundur?
Dengan pendapatan per kapita yang hanya dicatatkan sekitar RM 9,890, negara ini dikategorikan sebagai antara negara termiskin di dunia kesan daripada perang saudara yang pernah dialami satu ketika dahulu.
Nampak tak besarnya impak peperangan? Sampai terbantut perkembangan sesuatu negara dibuatnya…
Walaupun perang saudara sudah tamat, namun pemimipin negara itu masih tidak mampu untuk mengembalikan kestabilan ekonomi buat rakyatnya.
Tidak seperti Malaysia, negara Tajikistan lebih terdedah kepada bencana alam menjadikan antara faktor negara itu kekal mundur.
3. Kyrgystan
Menerima nasib yang sama seperi negara jiran, negara ini berada di tangga ketujuh sebagai negara termiskin di dunia.
Turut memiliki pemandangan yang indah seperti Tajikistan, negara ini tidak mempunyai banyak perbezaaan dengan negara jirannya dari segi sejarah perang saudara dan masalah bencana alam yang menjadi faktor kemunduran negara itu.
Kyrgystan turut mencatat pendapatan per kapita sebanyak RM9,920.
Setelah mengalami beberapa episod bencana alam, negara ini tersenarai sebagai negara termiskin dunia akibat faktor ekologi yang tidak dapat dielakkan itu.
Negara ini juga turut mengalami masalah kebuluran dan kemiskinan yang dipercayai memburukkan lagi keadaan Kyrgystan.
Lebih memburukkan keadaan adalah apabila dianggarkan lebih separuh daripada rakyat di negara ini mengalami kesukaran untuk mendapatkan sumber makana bagi kehidupan harian.
4. Kemboja
Isu kemiskinan di negara ini sudah saban tahun kita dengar namun belum mampu lagi diatasi sepenuhnya.
Sungguhpun dari segi pendidikan Kemboja nampaknya semakin menunjukkan perkembangan yang positif, namum bagi sektor ekonomi masih menemui kegagalan.
Dari segi perkembangan ekonomi yang mereka hadapi, rakyat masih belum mampu membebaskan diri mereka dari kancah kemiskinan.
Bagi pendapatan purata per kapita, masyarakat di Kemboja hanya mencatatkan sebanyak RM4252 menyebabkan mereka masih lagi dibelenggu masalah yang sama.
Namun catatan itu tidak mematahkan harapan kerajaan negara itu yang bercita-cita untuk membawa Kemboja bebas daripada senarai kemiskinan pada tahun 2030.
Kerajaan mereka turut berharap untuk mengangkat negara Kemboja sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2050.
Wah, harap-harapnya Malaysia bercita cita untuk sertai persaingan sihat ini!
5. Nepal
Bila bercakap mengenai Nepal, rasanya ramai yang cepat teringat kawan-kawan kita yang bekerja sebagai buruh dan pembantu kedai.
Tapi tahu tak korang yang Nepal sebenarnya sudah layak tersenarai sebagai negara membangun pada tahun 2015 dan 2018.
Yang peliknya, kerajaan mereka sendiri minta supaya dikekalkan dalam senarai negara mundur. Macam tak masuk akal kan?
Sebenarnya kerajaan Nepal masih merasakan industri eksport mereka belum cukup besar lagi untuk menampung keperluan di masa hadapan.
Nampak macam tak ada impak kan, tapi disebebkan industri eksport yang masih lemah itu, kadar purata per kapita bagi negara Nepal hanyalah sekitar RM3090 bagi setiap tahun.
Disebabkan isu itu, kerajaan Nepal mengambil keputusan dalam untu kekal dalam senarai tersebut.
So korang rasa negara mundur ni akan kekal mundur atau akan bangkit? Macam mana pula dengan negara maju?
Sumber Ilmu Geografi