in

Trip Tak Masuk Akal, Rider Berbasikal Disuruh Ambil Order Sejauh 20KM Untuk RM15! Foodpanda Minta Maaf

Chen8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Situasi pandemik jelas telah menjejaskan sumber pendapatan ramai orang tak kiralah yang makan gaji mahupun yang berniaga. Bersyukurlah jika masih punya kerja, korang tau kan ramai yang diberhentikan kerana syarikat tak mampu bayar gaji disebabkan operasi tergendala dan pendapatan terjejas?


Seperti lelaki dari Singapura yang dikenali sebagai Chen ini, difahamkan dia melakukan kerja sebagai penghantar makanan atau mudahnya dipanggil rider selepas diberhentikan kerja.

Walaupun pekerjaan ini bukanlah mudah lebih-lebih lagi satu-satunya pengangkutan yang digunakan olehnya adalah basikal, digigihkan jua demi memastikan makanan sentiasa terhidang di rumah.

 

Foodpanda alami masalah teknikal? Chen diberi trip sejauh 20KM untuk upah RM15

Asiaone melaporkan, Chen diminta menempuh perjalanan sejauh 20km dari Bukit Panjang ke Hougang untuk mengambil makanan kemudian perlu berpatah balik ke Bukit Panjang untuk menghantar pesanan tersebut.

Saya terkejut ketika saya yang diperuntukkan untuk penghantaran ini di mana saya harus menempuh perjalanan dari Bukit Panjang ke Hougang untuk mengambil pesanan sup ikan untuk pelanggan.”

Chen

 

Kata Chen kepada sumber, trip ‘tak masuk akal’ ini mengambil masa 4 jam untuk perjalanan untuk dua hala. Gila sampai-sampai sejuk dah sup ikan tu…

 

Taknak ‘reject order’ risau rating jatuh

Menurut Chen lagi, jika dia menolak trip ini batch rate mereka akan jatuh. Jika hal ini berlaku, kemungkinan besar pengambilan pesanan selepas ini akan mengurangkan upah mereka.

Semakin banyak rider tak terima pesanan yang diberi, kumpulan mereka akan diberi rating rendah seterusnya memberi kesan kepada upah.

Apabila dia menghubungi pihak Foodpanda, jawapan yang diberikan sangat mengecewakan. Foodpanda mengatakan ianya adalan sebahagian dari SOP dan dia perlu patuh dengannya.

Chen1

 

4 jam untuk $5 (RM15)? Saya boleh buat trip lain dan boleh dapat wang lebih banyak untuk keluarga.

Dan saya rasa makanan itu sudah pun sejuk sewaktu tiba, saya tak mahu itu berlaku.

Tiada pilihan lain akhirnya saya terpaksa menolak trip tersebut.”

Kejadian yang berlaku pada 21 November ini mendapat perhatian warganet di media sosial.

 

Foodpanda meminta maaf atas apa yang terjadi

“Kami mohon maaf atas masalah teknikal yang telah memberi kesan terhadap pengalaman penghantaran Encik Chen dengan kami. Kami juga memandang serius terhadap maklum balas rider.”

Jurucakap Foodpanda juga meyakinkan pengguna mereka akan terus perbaiki kelemahan servis selain memberi sokongan kepada para rider.

Korang rasa? Ada yang pernah dapat pengalaman macam ni?

 

Baca : “Janji buat kerja halal” – Rider Food Panda Hantar Guna Basikal Buat Orang Ramai Terharu

Chen2

Sumber: asiaone
Sumber: asiaone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.