in

“Trick or treat?” – Ini Sejarah Di Sebalik Sambutan Halloween Yang Diadakan Pada 31 Oktober Saban Tahun

cats 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun pasti ada sambutan meriah seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina yang diadakan sesetengah masyarakat di seluruh dunia. Ia bertujuan untuk meraikan sesuatu yang biasanya saling berkait rapat dengan kepercayaan dan agama masing-masing.

Sudah tentu, perayaan yang diadakan saban tahun pada 31 Oktober iaitu Halloween juga merupakan salah satu sambutan yang dinantikan. Tapi, korang sebenarnya tahu tak sejarah disebalik perayaan ni? Kalau nak tahu korang boleh baca je di bawah ni.


Asal-usul Halloween

hallo

Selain Halloween, ia juga dikenali sebagai All Hallows’ Eve atau All Saints’ Eve. Istilah ini dikatakan berasal dari Scotland yang membawa maksud “malam yang dikuduskan” atau “malam suci” buat orang yang beragama Kristian. Ianya bertujuan untuk memperingati serta menghormati orang-orang kudus dan suci dalam agama itu.

Dikatakan, perayaan ini berasal daripada festival Samhain yang merupakan tradisi abad ke-8 masyarakat Celtic kuno yang disambut pada 1 November sempena meraikan tahun baru. Ia dilakukan dengan membakar unggun api sambil memakai kostum untuk menghalau hantu.

Artikel berkaitan: Hukum Sambut Halloween Haram, Ada Unsur Tasyabbuh – JAKIM

Pada waktu dulu, bangsa Celtic percaya bahawa batas antara dunia orang hidup dan orang mati menjadi kabur pada malam sebelum tahun baru. Oleh itu, roh orang yang dah meninggal akan kembali ke rumah mereka manakala roh jahat akan mengganggu orang Celtic dan merosakkan tanaman.

Walaupun begitu, ia juga dipercayai dapat membantu pendeta Celtic atau Druids untuk meramal masa hadapan.

Bagi memperingati peristiwa ini, Druids akan buat satu unggun api suci yang besar di mana orang ramai akan berkumpul di sekelilingnya untuk membakar tanaman dan haiwan sebagai persembahan untuk dewa mereka.

Pada masa yang sama, mereka juga memakai kostum yang biasanya mempunyai rupa kepala dan kulit binatang untuk menghalau hantu yang mengacau mereka sepanjang perayaan. Setelah itu, mereka akan ambil bahan bakar daripada unggun api suci yang telah padam untuk diguna semula di rumah-rumah mereka sebagai perlindungan daripada musim sejuk.

Pengaruh Rom 

Pada abad ke-1 Masihi, Empayar Rom telah menakluki sebahagian besar wilayah Celt di Eropah barat. Disebabkan itu, sambutan Samhain telah mengalami penggabungan dengan dua perayaan yang berasal daripada Rom.

pamona

Perayaan pertama ialah Feralia yang diraikan selama satu hari di hujung bulan Oktober dengan tujuan memperingati peristiwa kematian manusia manakala perayaan kedua pula disambut bagi menghargai Pomona iaitu dewi buah-buahan dan pokok bagi masyarakat Rom dahulu kala.

Kalau korang nak tahu, simbol Pomona ialah buah epal. Jadi, ini mungkin menjelaskan tentang tradisi menggigit epal terapung di atas air yang masih diamalkan dalam Halloween sehingga kini. Dipercayai, orang pertama yang berjaya gigit epal akan berkahwin dulu.

Selain tu, para wanita percaya dengan meletakkan epal yang digigit di bawah bantal ketika tidur, ia dapat buatkan mereka bermimpi tentang teman sejiwa yang ditakdirkan.

Artikel berkaitan: Ini 5 Filem Seram Yang Bakal Keluar Sepanjang Bulan ‘Halloween’ Tahun Ini

All Saints’ Day

12 2

Pada abad ke-7 Masihi, hari perayaan orang-orang kudus gereja Barat iaitu All Saints’ Day telah ditukar tarikhnya kepada 1 November oleh Gereja Katolik Rom. Pada kurun ke-9, pengaruh Kristian telah tersebar di wilayah Celt dan mempengaruhi tradisi festival Samhain yang diamalkan bangsa Celt itu.

Akan tetapi, pihak gereja telah mewujudkan Hari Roh yang disambut pada 2 November bagi menggantikan festival itu. Walaupun begitu, kedua-dua perayaan tu ada persamaan yang ketara di mana terdapat pembakaran unggun api besar-besaran dan juga pemakaian kostum.

Pada malam sebelum All Saints’ Day, ia mula dikenali sebagai All Hallow’s Eve namun telah bertukar menjadi Halloween yang kita tahu hari ni.

Hukum menyambut Halloween bagi umat Islam

Walau bagaimanapun, pada 2015, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa Halloween adalah haram untuk disambut oleh orang Islam. Sebabnya, ia mengandungi unsur tasyabbuh iaitu menyerupai perbuatan orang kafir.

Malah, segala tradisi yang diamalkan dalam sambutan ni merupakan adat yang berlawanan dengan ajaran Islam serta boleh buatkan seseorang Muslim itu jatuh kufur.

Oleh itu, bagi yang beragama Islam tolong jauhi sambutan ini demi menjaga iman dan agama.

Sumber: KOMPAS, iluminasi 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.