Pernah sebelum ini viral trend sesetengah wanita memakai sulam bedak dan sulam pemerah pipi untuk kelihatan cantik secara semulajadi dalam jangka masa tertentu. Namun begitu, ada lagi satu trend yang lebih kurang sama iaitu menanda tahi lalat di beberapa kawasan wajah sebagai pemanis rupa.
Seperti video yang dimuat naik oleh pengguna X, memaparkan video promosi servis ‘Tahi Lalat Pemanis’ yang membuatkan ramai netizen tertanya-tanya hukumnya haram ataupun tidak?
Elok2 xde taik lalat, nk ada taik lalat.
But serious question, kalau buat2 taik lalat camni sah x air sembahyang? ? pic.twitter.com/hnFwEbt7Ui
— Kak Bam ?? (@maafcakaplah) December 27, 2023
Tahi lalat baru tahan 6 bulan
Video tersebut menunjukkan ada seorang wanita yang menggunakan servis ‘Tahi Lalat Pemanis’ yang akan bertahan di wajah selama setengah tahun. Hanya membayar RM30, pelanggan akan mendapat tahi lalat baru di mana-mana kawasan wajah yang mereka inginkan.
Seperti dalam video, pelanggan itu mahu tahi lalat tiruan tersebut diletakkan berhampiran dengan mata kanannya untuk kelihatan lebih manis apabila dipandang.
Artikel berkaitan: “Ambil air sembahyang pun nampak spenda. Sah ke tak tu?” – Jemaah Surau Mengumpat Pramugari Solat
Artikel berkaitan: “Nak sedap panggil sulam” -Trend Tatu Sementara, Ramai Tak Tahu Haram?
“Sah ke air sembahyang?”
Walau bagaimanapun, video yang berdurasi 26 saat itu menjadi bualan netizen kerana mereka tertanya-tanya apakah hukum membuat tahi lalat itu? Sifatnya tahi lalat itu juga kekal di kulit walaupun hanya bertahan kurang daripada setahun.
Elok2 xde taik lalat, nk ada taik lalat. But serious question, kalau buat2 taik lalat camni sah x air sembahyang?
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen berkongsi pendapat mengatakan hukumnya adalah haram. Namun, setakat artikel ini ditulis belum ada lagi sebarang hukum yang dikeluarkan oleh mereka yang pakar dan arif bab hukum dalam agama Islam..
Sumber: X