Biarpun banyak isu yang timbul sepanjang tempoh sebelum ia dilangsungkan, akhirnya konsert Coldplay telah diadakan dengan lancar semalam, malah tidak dinafikan kemeriahan band yang menjadi kegilaan orang ramai ini memang tak diduga.
Malah bermacam-macam perkara yang menarik perhatian orang ramai, misalnya vokalis Chris Martin siap berpantun lagi. Jadi dengan kemeriahannya itu, memang dah boleh dibayangkan bagaimana situasinya daripada aspek kesesakan pada sebelum dan selepas konsert.
Artikel Berkaitan : “Beli tiket mahal tapi..” – Sampah Berlonggok Atas Jalan, Pengunjung Konsert Coldplay Dikecam Netizen
Artikel Berkaitan : “Jika berlaku sesuatu melampau” – Fahmi Fadzil Sahkan Ada ‘Kill Switch’ Untuk Konsert Coldplay
Buktinya, boleh dilihat situasi yang dikongsikan oleh beberapa orang pengguna TikTok ini. Secara umumnya, konsert ini diadakan pada hari Rabu di mana ia adalah hari bekerja, pastinya pengangkutan awam dan jalan raya akan sesak teruk.
Memandangkan konsert itu diadakan pada waktu malam, pastinya ramai bersedia untuk ke lokasi sejak tengah hari atau petang hari berkenaan. Jadi, pengguna TikTok Leen, ada kongsikan situasi di tren ketika dia mahu pulang dari kerja.
Dalam video tersebut, kelihatan situasi begitu padat, lebih padat daripada hari-hari biasa sampaikan penumpang terpaksa berhimpit kerana penangan konsert Coldplay ini.
@leenlawa What its like to take our public transport ☺️ demi Chris Martin! #coldplaymalaysia #coldplaymalaysia2023 #coldplaykualalumpur
Dalam video selanjutnya pula, salah seorang penonton yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil menunjukkan situasi selepas konsert itu tamat. Orang dilihat begitu ramai sampaikan susah untuk keluar.
@syxrafin Seronok seronok pastu nangis nak balik tak tahu cemana ni. Esok la kot sampai rumah🥹 #coldplayconcert #coldplay #fyp
Adui sesaknya, bayangkanlah macam mana lah situasi parking nanti, berapa lama agaknya tersekat dekat jammed tu.