Seperti yang semua sedia maklum, semenjak pemimpin ketenteraan Iran, Qasem Soleimani maut akibat bedilan drone US, situasi antara dua negara ini semakin tegang.
Terbaru hari ini, Iran pula katanya mengugut untuk menyerang Israel dan Dubai jikalau US menyerang balas ke atas serangan misil yang dilancarkan dekat dua base ketenteraan Amerika di Iraq. Aduhai…
Kementerian Luar Negeri keluarkan notis bagi rakyat Malaysia di kawasan Teluk
Akibat daripada ketegangan ini, Kementerian Luar Negeri akhirnya telah mengeluarkan notis penting bagi mereka yang sedang atau bakal melancong ke negara teluk.
Menurut notis tersebut, rakyat Malaysia yang berada di ‘kawasan panas’ tersebut dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan mereka.
Kalau korang ada di sana, dinasihatkan supaya menjauhi kawasan yang berbahaya ini dan laporkan keberadaan korang kepada kedutaan Malaysia yang terdekat.
Dalam pada itu, kedutaan Malaysia di Iraq, Syria dan Yemen katanya telah ditutup buat sementara waktu dan korang boleh ke kedutaan di negara lain seperti di bawah:
- Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan (meliputi urusan di Iraq)
- Kedutaan Malaysia di Beirut, Lebanon (meliputi urusan di Syria)
- Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman (meliputi urusan di Yemen)
“Ruang udara di sana ‘panas'”
Menerusi perkongsian netizen bernama Irwan Dahnil di Facebook, jet-jet pejuang Iran katanya kini sedang kawal ketat ruang udara negara dan kapal-kapal laut milik tentera mereka.
Disebabkan hal ini, ruang udara di sana agak ‘panas’ jugalah. Malah Amerika Syarikat sendiri juga katanya dah larang semua syarikat penerbangan tempatan mereka guna ruang udara Iran, Iraq, Teluk Parsi dan Teluk Oman buat masa ni.
Terbaru, pesawat dari Ukrain dah terhempas dan 170 penumpang terbunuh. Kita tak nak kejadian MH17 jadi lagi kan?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10219241921012981&set=a.10201160743914854&type=3
“Proceed atau postpone trip ke Iran?”
Isu ini juga telah diutarakan netizen ke dalam grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM) yang sudah merancang atau membeli tiket untuk bercuti ke Iran tidak lama lagi.
Menurut jawapan netizen, adalah lebih baik dinasihatkan supaya pelancong batalkan hasrat untuk ke negara tersebut kerana bimbang berlakunya ketegangan yang lebih buruk dan peperangan yang tak dijangka.
Kalau ragu-ragu baik ajukan soalan ini kepada Wisma Putra untuk info yang lebih lanjut.
Untuk penjelasan lebih lanjut, korang boleh je lawati laman rasmi Kementerian Luar Negeri di sini.
Baca: [TERKINI] Pesawat Boeing 737 Ukraine International Airlines Bawa 180 Penumpang Terhempas di Iran