in

Trauma! Kathleen Folbigg Dibebaskan Lepas 20 Tahun Dipenjarakan Sebab Bunuh 4 Anak Tapi Sebenarnya…

Collage 7 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kathleen Folbigg telah menerima pelbagai cercaan dan hinaan dari orang ramai. Dipanggil sebagai “pembunuh bayi”, “ibu paling teruk di Australia” dan “orang jahat”. Tapi selepas 20 tahun, dia sangat bersyukur dibebaskan untuk pertama kali selepas mendapat pengampunan kerana membunuh empat orang anaknya.

Keputusan untuk membebaskan Kathleen ini telah menjadi salah satu kes kecuaian pengadilan paling teruk dalam sejarah Australia selepas dia dipenjara berdasarkan bukti yang tak boleh dipercayai dan misoginis pada tahun 2003 yang lalu.


Kes ini telah menerima perhatian yang hebat dari media. Lebih menyedihkan, suaminya sendiri telah memberi keterangan menentangnya ketika perbicaraan. Tapi akhirnya, dengan sokongan dari rakan-rakan dan penemuan baru saintis seluruh dunia, Kathleen dibebaskan. Kalau korang nak tahu apa yang berlaku, baca dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: KEJAM! Ini 5 Pembunuh Bersiri Lelaki Paling Digeruni Di Dunia

Artikel berkaitan: Suami 66 Tahun & Isteri 27 Tahun Ditahan, Dipercayai Bunuh Anak Angkat

Pendakwaan Kathleen Folbigg

069Ccad6Af5943Fb0Ba23D868E86957A7C0C479A 16X9

Sejak dari awal, Kathleen sentiasa mengatakan yang dia tak bersalah dan sepanjang hidupnya, dia telah dihantui dengan trauma.

Mana tidaknya, sebelum hari lahir keduanya, bapanya yang mempunyai sejarah keganasan rumah tangga telah menikam ibunya sehingga mati. Setahun selepas itu, dia sering berpindah di antara rumah saudara maranya sebelum diambil menjadi anak angkat oleh seorang pasangan dari Newcastle, New South Wales.

Pengalamannya ini kemudiannya telah digunakan oleh pendakwa raya untuk mengatakan yang dia mampu berkelakuan ganas ekoran sejarah hidupnya itu.

Pada tahun 2003, dia telah dijatuhkan hukuman 40 tahun dalam penjara kerana membunuh anak-anaknya, Sarah, Patrick dan Laura serta membunuh tanpa niat anak lelaki pertamanya, Caleb.

Kesemua empat orang anaknya ini telah meninggal dunia secara tiba-tiba di antara tahun 1989 dan 1999 ketika mereka berusia di antara 19 hari hingga 18 bulan. Pihak pendakwa raya menuduh Kathleen telah melemaskan mereka

Caleb yang mengalami masalah pernafasan laryngomalacia ringan telah meninggal dunia ketika sedang tidur pada 1989.

Patrick yang didiagnos dengan buta kortikal dan epilepsi telah meninggal dunia selepas mendapat sawan manakala Sarah dan Laura yang mempunyai jangkitan pernafasan telah meninggal dunia di dalam tempat tidur mereka.

Selepas membuat rayuan, hukuman penjara wanita ini telah dikurangkan ke 30 tahun tapi siasatan yang dijalankan pada tahun 2019 telah memberikan bukti yang lebih berat kepada dakwaan asal yang telah memenjarakan dia.

Siasatan ke atas Kathleen telah dijalankan selepas kematian anak perempuannya Laura pada Februari 1999. Semuanya bermula apabila Kathleen memberitahu operator Ambulans pada ketika itu bahawa anaknya tak bernafas.

Kathleen Folbigg 121423 2 67858714B23A4051Ab672C641Ad5D610

Dalam rakaman tersebut, Kathleen turut memberitahu yang sebelum ini tiga anaknya telah meninggal dunia secara tiba-tiba (SIDS). Ini bermakna, kematian Laura membuatkan Kathleen dan suaminya Craig Folbigg kehilangan semua anak-anak mereka.

Tapi apabila Craig dibicarakan dan ditahan untuk siasatan, lelaki ini mula membantu pihak polis untuk membina kes terhadap isterinya dengan memberikan mereka diari peribadi serta memberikan kenyataan di mahkamah untuk menentang isterinya itu.

Kemudian, ketika perbicaraan semula pada tahun 2019, Craig enggan memberikan sampel DNA seperti yang diminta oleh peguam Kathleen dan sehingga hari ini, lelaki ini percaya yang bekas isterinya itu bersalah.

Dakwaan utama pendakwa raya pada tahun 2003 mengatakan bahawa secara statistik, mustahil untuk kesemua anak-anak ini mati secara tidak sengaja.

Mereka juga turut menggunakan konsep undang-undang yang dah tak boleh digunakan lagi sekarang dipanggil sebagai ‘Meadow’s Law’ iaitu:

Satu anak yang meninggal secara tiba-tiba adalah tragedi, dua kematian mencurigakan, tiga kematian adalah pembunuhan sehingga dibuktikan sebaliknya.”

Sepatutnya, konsep ini telah lama dilupuskan tapi ia mengambil masa yang lebih lama di Australia.

Bukan itu sahaja, bukti yang digunakan oleh pendakwa raya juga hanyalah bukti keadaan di mana mereka hanya menggunakan diari Kathleen yang tak pernah diperiksa oleh pakar psikologi mahu psikiatri bagi menunjukkan wanita ini sebagai ibu yang tak stabil dan mudah marah.

Dalam salah satu penulisannya pada 1997, tak lama selepas kelahiran Laura, Kathleen menulis:

Satu hari nanti dia juga akan pergi. Yang lain pun pergi tapi kali ini tak sama. Kali ini, saya dah bersedia dan tahu apa yang saya perlu perhatikan sendiri.”

Penulisan seperti ini dan beberapa komen lain telah digunakan sebagai pengakuan bersalah. Namun pada tahun 2022, pakar psikologi dan psikatri menolak tuduhan ini dan mengatakan penulisan tersebut hanyalah menunjukkan seorang ibu yang tertekan dan salahkan diri sendiri atas kematian setiap anak mereka.

Selain itu, seorang profesor undang-undang yang menulis buku tentang kes Kathleen ini, Emma Cunliffe mengatakan bahawa sabitan tersebut dibuat berdasarkan misogini dan sterotaip terhadap wanita.

Mereka bercakap tentang Kathleen tinggalkan Sarah pada pagi Sabtu bersama ahli keluarganya untuk bekerja dan mendapat duit lebih sebagai bukti yang dia tak sayangkan Sarah dan tak kisah pasalnya sekaligus membuatkan dia mampu untuk membunuh anaknya.”

Pembebasan Kathleen Folbigg

C1C8C123A31A10794F231F4Bb3694076

Tapi pada Jun 2023, satu perbicaraan baru yang diketuai oleh hakim Tom Bathrust membuat kesimpulan yang terdapat keraguan terhadap Kathleen ekoran bukti saintifik baru yang menunjukkan anak-anaknya boleh meninggal kerana sebab semulajadi disebabkan oleh mutasi gen yang jarang berlaku.

Kajian tersebut dijalankan oleh Carola Vinuesa, seorang profesor perubatan imunologi dan genomik di Universiti Kebangsaan Australia. Dia pertama kali melihat kes ini pada 2018 walaupun mendapat keraguan dari pakar-pakar perubatan.

Selepas menyusun DNA Kathleen, Carola dan kumpulannya telah mencipta peta genetik yang digunakan untuk mengenalpasti mutasi gen.

Salah satu gen yang paling ketara merupakan CALM2 G114R yang dapat dilihat di dalam DNA Kathleen dan dua anak perempuannya. Mutasi gen ini sangat jarang berlaku dan hanya terjadi kepada satu dari 35 juta orang dan boleh menyebabkan keabnormalan jantung yang serius.

Ini kerana, gen variasi CALM2 G114R boleh menganggu laluan ion kalsium ke dalam sel sekaligus menghentikan jantung dari terus berdegup.

Kajian Carola ini turut menemui yang Caleb dan Patrick mempunyai mutasi genetik lain yang boleh menyebabkan epilepsi secara tiba-tiba ketika ujian dijalankan ke atas tikus makmal.

Ini sekaligus memberikan kelebihan kepada kes Kathleen selepas kajian ini membuktikan bahawa peratusan untuk anak-anak wanita ini meninggal dunia kerana keabnormalan jantung semasa bayi sangat-sangat tinggi.

Dalam satu kenyataan video yang dibuat oleh Kathleen selepas dibebaskan, dia mengatakan yang dia rasa rendah diri kerana diberikan pengampunan dan dia akan sentiasa rasa hiba atas kehilangan empat anaknya dan sentiasa merindui mereka.

Malam pertama selepas bebas dari penjara, Kathleen habiskan dengan makan pizza bersama kawannya Tracy Chapman yang telah menjalankan kempen untuk membebaskannya.

Ia juga merupakan kali pertama dia dapat tidur dengan betul dan dalam keadaan yang selesa selepas 20 tahun di dalam penjara.

Tapi, walaupun Kathleen telah diampunkan, sabitan ke atasnya masih kekal. Ini bermakna, dia masih perlu melalui proses yang panjang untuk menghapuskan sabitan ke atasnya serta mendapatkan pampasan.

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.