in

“Trauma dah aku nak healing sorang” – Pemuda Dikacau Oleh Lelaki ‘Pervert’ Ajak Buat Benda Bukan-bukan

Ft Lelaki Kena Kacau Dengan Lelaki Pervert

Memang betul lah zaman sekarang, bukan sahaja perempuan, lelaki pun boleh berdepan dengan ancaman golongan-golongan pervert ini.

Dapat dilihat sendiri apabila ada seorang pemuda ini yang terkena gangguan seksual setelah dia dihampiri oleh seorang lelaki yang mengusik dirinya untuk mengajak buat perkara yang tak senonoh. Ya! Lelaki!

Artikel Berkaitan : “Padahal aku pakai jubah kot” – YouTuber Famous Dedah Pengalaman Diekori Lelaki Pervert

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Creepy! Lelaki ‘Pervert’ Cuba Buka Pintu Belakang Rumah Bujang Tengah Malam

Jelas pemuda ini, dia jadi trauma untuk keluar berseorangan pada waktu malam. Dalam video yang berdurasi 1 minit 33 saat itu memperlihatkan dirinya yang pada waktu itu mahu membuka pintu hotel, tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki yang menaiki kereta berwarna ptih.

Lelaki tersebut menawarkan pemuda ini menaiki keretanya untuk pusing-pusing, saat pemuda ini cuba berdalih untuk pilih lelaki lain yang jauh lebih kacak daripadanya, lelaki itu menyatakan bahawa hanya pemuda ini orang paling kacak yang dia jumpa.

https://www.tiktok.com/@shrn_eizad/video/7286143750911331602

Lelaki tersebut juga turut memberikan kata-kata pujian yang ‘mengundang’ terhadap fizikal pemuda ini. Malah dia juga membuat permintaan yang menjengkelkan seperti mahu memegang tangan dan membelai pemuda ini.

Malah, lelaki tersebut dikatakan masih tidak berpuas hati kerana ‘tidak dapat’ pemuda ini, dia kemudian beredar sebentar dan kembali semula tidak lama selepas itu.

Kata pemuda ini, dia sudah memasang niat untuk menggunakan kekerasan fizikal jika lelaki itu keluar dari kereta untuk menghampiri dirinya demi mempertahankan diri. Namun begitu, lelaki itu beredar selepas dia perasan pemuda ini sedang merakamnya.

Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih sebanyak lebih daripada 200K jumlah tontonan di TikTok. Rata-rata netizen turut bimbang dan marah dengan perbuatan lelaki tersebut.

Sumber : TikTok