Insiden rempuhan yang berlaku di Itaewon boleh dikatakan sangat menyayat hati apabila seramai lebih daripada 151 orang dilaporkan meninggal dunia akibat kesesakan yang berlaku di sepanjang jalan semasa parti Halloween berlangsung.
Tidak disangka bahawa sambutan yang sepatutnya diraikan dengan gembira bersama kawan dan keluarga akhirnya bertukar duka dan menjadikan ia antara tragedi yang terburuk pernah berlaku di Korea Selatan.
Ramai yang mempersoalkan kejadian tersebut boleh berlaku dan ada juga yang menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak bertindak segera dalam mengawal jumlah pengunjung yang hadir ke kawasan tersebut. Tapi betulkah kena salahkan pihak berkuasa semata?
11 laporan panggilan polis didedahkan, rupanya ramai dah bagi amaran sejak petang lagi?
Satu hantaran telah dikongsikan di laman Twitter oleh seorang individu dimana dia telah mendedahkan 11 laporan polis yang boleh dikaitkan dengan insiden rempuhan tersebut.
Menurut hantaran itu, 11 laporan polis daripada 112 panggilan kecemasan pada malam kejadian telah didedahkan dari awal petang iaitu pada pukul 6:30pm sehingga kejadian buruk tersebut berlaku iaitu pada pukul 10:15pm.
Itaewon tragedy:
11 written records of 112 emergency police report calls that night have been released, from 6:30 pm to just a couple minutes before what authorities have been referring to as the time the "accident" happened — 10:15pm.
I am translating them here. Thread:
— Jeongmin Kim (@jeongminnkim) November 1, 2022
Berikut 11 laporan polis bertulis yang dikongsikan dan telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh min sendiri:
Laporan pertama (6:34pm)
Pengadu: Lorong di sini, pengunjung naik atas dan turun, sangat dilihat tak menentu. Pengunjung sini tak boleh turun dan ada daripada mereka bertolak sesama sendiri, saya merasakan akan ada orang akan mati dirempuh. Saya segera keluar, terlalu ramai orang. Kawalan polis perlu ada di sini.
Polis: Jadi awak nak cakap yang pengunjung tak boleh jalan ke atas dan ke bawah dan akan berlaku kemalangan yang besar sehingga boleh menyebabkan ramai orang bertolak dan sebagainya?
Pengadu: Ya, dia membuat saya sangat gerun. Lorong tersebut sangat sempit dan semua orang keluar dari stesen dan pengunjung pergi ke banyak haluan. Ramai yang cuba untuk keluar dan ada juga orang beratur di hadapan kelab. Tiada siapa yang mengawal pergerakan sekarang ini. Polis perlu ada di sana untuk mengawal pengunjung. Ramai yang tak boleh keluar.
Polis: Faham. Pihak polis akan pergi untuk membuat pemeriksaan..
Pengadu: Dan kanak-kanak juga…okay
Polis: Okay…
Laporan kedua (8:09pm)
Pengadu: Terlalu ramai orang, sesak..yang tolak-menolak..Sangat serabut di sini, ramai orang yang terjatuh..Ada yang tercedera..Awak kena buat sesuatu, tolong…
Polis: Di mana kawasan tersebut yang ramai orang, jatuh dan tercedera? (mengenal pasti lokasi) ya okay.. kami akan datang periksa…
Pengadu: Ya, tolong. Terima kasih.
Laporan ketiga (8:33pm)
Pengadu: Terlalu ramai orang, ramai yang terjatuh atas jalan sekarang ini, ia sangat jelas terlihat yang akan berlaku kemalangan tidak lama lagi… sangat berbahaya
Polis: Orang jatuh?
Pengadu: Ya, jatuh dan tidak terkawal. Jalan di simpang tiga telah dihalang…
Pengadu: Saya rasa akan ada sesuatu yang serius boleh berlaku di sini…
Polis: Oh…macamtu
Pengadu: Ya.. sangat serius di sini
Polis: Oh….
Pengadu: Saya ada video rakaman di sini…boleh saya tahu cara nak hantar video ini kepada awak?
Polis: Awak boleh hantar kepada nombor 112 melalui teks
Pengadu: Baik…saya hantar sekarang.
Laporan keempat (8:53pm)
(sambungan tidak stabil)
Pengadu: Terlalu ramai orang…kami merasakan akan mati dirempuh di sini
Polis: Apa yang terjadi sekarang di sana?
Pengadu: Terlalu ramai orang…(suara tidak jelas)
Polis: Apa? saya akan kenal pasti lokasi anda
Pengadu: (suara tidak jelas)…orang ramai hampir mati di sini
Polis: Bakal mati dirempuh?
Pengadu: Ini sebab terlalu ramai orang (suara tidak jelas) tolong…
Polis: Adakah sebab parti Halloween?
Pengadu: Ya betul ia sangat huru-hara…
Polis: Huru-hara?
Pengadu: Ya, ini bukan panggilan palsu…
Polis: Ok. Polis dalam perjalanan.
Laporan kelima (9:00pm)
Pengadu: Terlalu ramai di sini, ia macam bakal berlaku kemalangan yang besar.. Saya rasa awak patut datang sini dan kawal!
Polis: Awak di mana sekarang ini?
Pengadu: Ya, ya saya rasa awak perlu datang sekarang…sekali dengan bantuan kecemasan…tidak lama lagi akan berlaku kemalangan yang besar!
Laporan keenam (9:02pm)
Pengadu: Terlalu ramai orang…Semua orang bertolak-tolak di sini…Kalau berterusan macam ini, saya rasa akan berlaku kemalangan..Semua orang tengah panik.
Polis: (mengenal pasti lokasi)
Pengadu: Ye di sini….lorong ini, tolong lakukan sesuatu…Ramai akan terkorban…
Laporan ketujuh (9:07pm)
Pengadu: …Terlalu ramai orang di sini.. Ada risiko ramai orang bakal mati kena rempuh.
Polis: (lokasi dikenal pasti, polis bergegas ke sana)
Pengadu: Bila dah sampai sini, anda semua kena buat sesuatu (suara tidak jelas).. Perlukan kawalan di sini, tolong…
Laporan kelapan (9:10pm)
Pengadu: Saya merasakan ramai orang akan meninggal dunia di sini
Polis: Terlalu ramai orang?
Pengadu: Hampir maut dirempuh…. Festival Halloween… Situasi agak serius. Ramai yang maut dirempuh di dalam ini…
Polis: Sekarang, anda di mana?
Pengadu: Festival Halloween, Itaewon…
Polis: Kawasan spesifik? macam nama kedai?
Pengadu: Ia bukan tentang nama kedai ke apa tapi seluruh lorong di sini sekarang.
Polis: Jadi, tempat dimana ramai yang dilihat mati dirempuh? Exit di mana? sila nyatakan lebih terperinci.
Pengadu: (Mengenal pasti lokasi) Situasi sangat serius…
Laporan kesembilan (9:51pm)
Pengadu: Terlalu ramai orang di sini. Kami perlukan anda semua untuk tolong kawal pengunjung di sini..tolong datang secepat mungkin…Situasi kelihatan sangat berbahaya di sini… (mengerang) tolong datang secepatnya…tolong…
Laporan kesepuluh (10:00pm)
Pengadu: Ramai orang…cuba untuk turun ke lorong bawah, tolak-menolak dan saya rasakan akan ada yang maut dirempuh di sini… Perlukan kawalan, tolong…
Laporan kesebelas (10:11pm)
Pengadu: Saya merasakan rempuhan maut bakal terjadi di sini, semua orang sedang panik…Mana kamu semua?
Polis: (kenal pasti kawasan) Ini 112?… (polis cuba kesan lokasi)
Pengadu: Ahh Ahh (menjerit) lorong belakang Itaewon! lorong belakang Itaewon!
Polis: Ok. Ok. Polis akan ke sana…
Laporan tersebut raih perhatian netizen dimana rata-rata daripada mereka mempersoalkan tindakan polis yang lambat memberi respons sehingga menyebabkan kejadian tidak diingini itu berlaku.
Walaubagaimanapun, pihak polis di sana mengaku kesalahan dan memohon maaf atas apa yang berlaku kepada pihak yang terkorban dalam insiden rempuhan tersebut.
Sedih min baca laporan yang didedahkan…
Baca: Tragedi Itaewon: Polis Kumpul Barang Peribadi Mangsa Seberat 1.5 Tan Di Gelanggang Badminton