in

“Tolonglah” – Pemandu Bas Kesal Pemilik Kereta ‘Parking’ Sesuka Hati Sampai Ganggu Jalan Awam

Bas 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perangai sesetengah pemandu kenderaan di Malaysia ni kadang-kadang boleh menyusahkan orang lain. Selain kesalahan tidak memberi signal ketika memandu, ada juga yang suka parking kenderaan merata-rata tempat sehingga mengganggu jalan awam.

Satu video yang tular di X semalam, memaparkan seorang pemandu bas telah menegur pemilik kereta berwarna putih yang memarkir di tepi jalan sehingga mengganggu laluan bas.


Parking merata-rata sampai ganggu laluan bas

Katanya, dia baru sahaja tiba di kawasan berkenaan namun bas yang dipandu gagal melepasi jalan tersebut kerana dihalang oleh kereta itu. Tidak lama selepas itu, ada seorang individu datang menegurnya.

Setibanya saya di lokasi, saya tidak melepasi.. sebab saya bawa bas. Jadi, datang seorang manusia ni bagi tahu. “Bang, undur bang.. abang parking tengah-tengah ni… menyusahkan orang, orang tak boleh lalu.”

Undur bas, terlanggar sesuatu

Oleh itu, dia memohon maaf kepada penumpang bas dan meminta untuk mereka turun di tempat itu kerana bas tidak dapat melepasi laluan tersebut. Setelah itu, dia menyangka individu yang menegurnya tadi ada mengawal bas yang sedang mengundur tiba-tiba, dia terlanggar sesuatu.

Terkena apa? Tak kisah.. tak perlu pun tahu kena apa. Tapi, terkena tu akan menjejaskan saya. Menjejaskan pekerjaan saya. Terima kasih banyak-banyak kepada pemilik Axia.

Artikel berkaitan: Tular Video Wanita Marah Makcik Driver Bas, Didakwa Sebab Tak Masuk Kawasan MRT Walaupun Dah Sampai Awal?

Artikel berkaitan: ‘Bikers’ Naik MRT & Bawa Basikal, Netizen Bengang Sebab Lepak Dalam ‘Coach’ Wanita

Dia juga berasa kesal kerana sikap pentingkan diri orang lain telah menjejaskan pekerjaannya sebagai pemandu bas.

Tolonglah, jalan amalkan sikap begini. Kepada semua kenderaan, yang nampak orang baru parking tu.. kita tegur sini jangan parking.. laluan bas nak masuk. Kita kena ada sikap macam tu. Kalau ada sikap pentingkan diri, macam ni lah jadi.

Pemandu bas yang kena.. nak cepat punya pasal, nak mudahkan urusan orang. Urusan kita pula ‘mudah’. Nasib baik tak melibatkan nyawa orang. Tapi harta benda, tetap syarikat punya. Saya yang kena.

Dalam video teguran tersebut, dia juga telah meletakkan gambar keadaan kereta yang memarkir di kawasan itu. Walaupun di situ tiada garisan kuning larangan untuk memarkir, tetapi separuh bahagian kereta itu telah menghalang jalan. Pemandu bas itu juga berkata tidak tahu siapa yang meletakkan kon di atas kereta tersebut.

Di ruangan balas, ramai netizen berasa marah dengan sesetengah pemilik kenderaan yang telah menyusahkan orang lain.

Bas 1 Bas 2

Kan dah susahkan orang lain.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.