Ketika memandu atau menunggang motosikal, tumpuan harus diberikan kepada pemanduan dan keadaan sekeliling. Selain menjadi pengguna jalan yang berhemah, kita juga perlu menjadi pengguna yang prihatin.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang pemandu lori yang sanggup memberhentikan kenderaannya untuk membantu seorang penunggang motosikal yang kaki palsunya terjatuh di jalan raya.
Tindakan pemandu lori itu telah mendapat pujian ramai netizen. Korang boleh tengok video Inforoadblock kat bawah ni.
https://www.facebook.com/inforoablock/videos/922529509136697/?extid=NS-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&ref=sharing
Cepat bertindak
Pemandu lori tersebut memang betul-betul peka dengan keadaan sekeliling kerana dia dilihat cepat bertindak dan sanggup keluar dari lorinya untuk kutip dan tolong pakaikan semula kaki palsu tu.
Agaknya kenderaan lain pun sempat je brek sebab jalan tu macam sempit je. Nak bawak laju-laju pegi mana kan.
Nasib baik ada driver lori tu. Kalau tak, tak tahu lah macam mana penunggang motosikal tu nak turun motosikal dan kutip balik kaki palsu dia.
Terima kasih kepada driver lori tu. Tindakan pantas darinya dapat membantu penunggang motosikal terbabit dan trafik juga kembali lancar.