in

“Tolong lah rajin sikit membaca” – Pelanggan Tengking Staff OKU Sebab Tak Dengar

Tesco4

Satu perubahan yang kita nampak dalam industri kerja zaman sekarang ni apabila penerimaan majikan untuk mengambil pekerja OKU semakin meningkat dan semestinya ia satu perkara yang bagus.

Tapi apa yang tak bagusnya adalah sikap toleransi pelanggan yang boleh dikatakan masih lagi ditakuk lama. Hilang pertimbangan terhadap orang-orang kelainan upaya sebegini semata-mata nak memuaskan kehendak mereka.

 

Jerit-jerit sebab tak dengar

Ada satu luahan daripada seorang pekerja Sumber Manusia di sebuah pasaraya terkenal ini menzahirkan rasa terkilan terhadap sikap pelanggan yang tak ambil peduli ni.

Pasaraya di Puncak Alam ini ada menerima golongan OKU bekerja dengannya dan golongan ini akan diberikan satu vest khas untuk mereka pakai supaya pelanggan dapat tahu, faham dan boleh kenalpasti batasan jika ingin membuat rundingan dengannya.

Nak dipendekkan cerita salah seorang staff OKU dihampiri oleh pelanggan ni, staff OKU tersebut difahamkan seorang yang bisu dan pekak.

Jadi, ketika pelanggan itu memanggil namanya dia tak buat tak tahu dan tak dengar, tapi pelanggan tersebut hilang sabar sampai jerit-jerit tanya dekat staff tersebut.

Padahal dekat vest tu terang-terang ditunjukkan bahawa lelaki malang itu pekerja staff.

Eopip8Gvuayqb21 Eopis9Ivuaahkaq

Luahan rasa terkilan oleh HR ni dikongsikan semula di Twitter dan meraih lebih 6,000 jumlah retweets.

Ramai netizen yang bengang dengan sikap pelanggan sebegini sampaikan ada orang labelkan pelanggan itu sebenarnya layak jadi orang OKU.

 

Dia yang OKU sebenarnya – Netizen

Tesco Tesco2 Tesco3

 

Dah masuk tahun 2020 ni, buang-buang lah perangai pijak kepala pekerja kalau masa jadi pelanggan tu. Amalkan sikap toleransi dan janganlah pentingkan diri sendiri.

 

Baca : ”Alhamdulillah, hebatnya adik ni”- Baru Setahun Peluk Islam Muallaf OKU Ini Lancar Menghafaz Ayat Al Quran

Oku