Pulak dah orang kalau boleh nak jaga-jaga sebab tak nak diri ini ditangkap oleh polis, lebih-leboih lagi kerajaan dah menetapkan siapa yang laggar PKP ini akan dipenjarakan.
Namun lain pula dengan seornag remaja yang tengah viral sekarang ini. Dia sampai merayu dekat pihak polis untuk masukkannya ke dalam lokap.
Polis : Kau pilih kau nak masuk lokap ke kau nak balik
Remaja : Lokap
Video berdurasi 26 saat itu viral di media sosial memperlihatkan pihak polis terkejut sehinggakan tak boleh tahan gelak apabila remaja itu betul-betul nak masuk lokap.
Ada netizen kata mungkin sebab terlalu bosan duduk rumah. Tengok ni admin pun rasa macam nka tergelak tengok.
Dalam pada itu ada yang anggap bahawa video ini sebenarnya bukanlah satu bahan lawak, mungkin remaja tersebut ada maslaah peribadi di rumahnya yang membuatkan dia tak nak duduk dirumah akibat PKP ni.
Kita tak tahu masalah dia – Netizen
Ini kerana mereka memerhatikan raut wajah remaja tersebut seolah-olah menympan 1001 masalah. Memandangkan hanya keratan saja video ini ditunjukkan kita sendiri tak pasti kejadian penuh ini, disebabkan itu ada netizen anggap remaja itu mungkin OKU.
Namun begitu rata-rata geli hati tengok gelagat polis dan remaja tersebut, segelintir berpendapat bahawa remaja tersebut patut fikir bagaimana tak nak balik rumah berbanding nak masuk lokap.
Tapi, ada logik juga sebab sekarang ni tengah PKP kan? Entah lah, mungkin ada cerita tersirat kenapa dia nak masuk lokap tu jadi husnuzon je lah.
Baca : “Elok sumbat je dalam lokap”- Melampau! Lelaki ‘Bab*kan’ Polis Masa Sekatan PKP