in

“Tolong jangan generalise” – Leona Nyatakan Sokongan Terhadap Palestin, Tidak Sependapat Dengan Bapa

leona tak sependapat dengan bapa

Sejak gerakan Blockout 2024 dijalankan di Malaysia, sebilangan selebriti yang terkena ‘tempias’ dari boikot ini tampil memberi penjelasan dan mempertahankan diri daripada menerima kecaman ramai.

Ada juga sebilangan daripada selebriti ini yang kurang selesa dengan gerakan tersebut dan menyatakan pendirian masing-masing.

Antara yang bersuara adalah seperti pelakon senior, Azhar Sulaiman menerusi satu posting di Instagram yang sudah dipadam baru-baru ini.

azhar sulaiman post

Menurut Azhar, artis-artis yang lantang menyokong Hamas membuat serangan pada 7 Oktober lalu diminta untuk pindah ke Gaza dan membantu mereka di sana.

“Jangan sedap mulut jer promote dan sokong orang lain pergi berperang. Rakyat Gaza menderita dan korang carry on hidup happy dan move on… Cam si*l!” katanya.

Artikel berkaitan: Muncul Akaun Blockout 2024 Di Instagram, Senaraikan Selebriti Yang Patut ‘Follow’ Diboikot

Artikel berkaitan: “Insya-Allah akan lebih peka” – Dahlia Rizal Minta Maaf, Jelaskan Isu Guna Produk Diboikot

Leona tidak sependapat dengan bapa 

Walau bagaimanapun, anak perempuan Azhar yang juga seorang influencer terkenal, Kasih Iris Leona menyatakan bahawa dia tidak sependapat dengan bapanya mengenai hal itu.

Leona juga turut menyatakan sokongannya terhadap Palestin dan sama sekali tidak akan menyokong Israel.

leona tak setuju dengan bapa

Saya tidak sependapat dengan bapa saya dalam apa jua keadaan dan saya sama sekali tidak menyokong Israel serta genosid yang kini sedang berlaku di Palestin. 

“Sebagai seorang yang pernah melawat Palestin dan melihat bagaimana keadaan di sana dengan mata sendiri (walaupun dalam keadaan dilindungi dan terkawal), saya sedar akan kemusnahan yang dilakukan Israel dan yakin genosid ini telah berlaku lama sebelum 7 Oktober lagi. 

“Saya tidak sependapat dengan ayah saya dalam banyak perkara dan tidak dapat memahami kenapa dia berfikiran sebegitu. Jadi janganlah pukul rata dan menyangka hanya kerana kami ada pertalian darah, kami mempunyai pandangan yang serupa,” katanya.

279506181 119982173843110 5955635047284332066 n

Selain dari itu juga, Leona ada berkongsi pengalamannya ketika melawat Masjid Al Aqsa di mana dia didatangi oleh seorang wanita yang memintanya untuk tidak berhenti bercakap tentang Palestin agar mereka tidak dilupakan.

Kalau yang terbaik kita boleh lakukan adalah dengan menyebarkan kesedaran, maka lakukanlah. Kita patut bersolidariti dengan mereka dan mengecam tindakan Israel.

“Kita tidak tahu kalau dan bila genosid ini akan berakhir jadi kita harus lantang bersuara supaya Palestin tidak akan dilupakan,” katanya.

Mungkin Leona boleh terangkan lebih lanjut kepada bapanya mengenai isu Palestin ni. Biasalah bapa dengan anak, kadang-kadang ada je yang tak sama pendapat. 

Sumber: X

Sumber: X
Sumber: Nona