Rata-rata penganggur di luar sana kebanyakannya mengimpikan untuk dapat pekerjaan di luar negara. Paling masyuk kalau dapat di negara seperti Arab Saudi kerana gaji di sana dibayar mahal tapi kalau dapat kerja di Singapura pun ramai dah bersyukur dah.
Namun admin nak nasihatkanlah kepada mereka yang tengah cari peluang pekerjaan di luar negara tu, hati-hati kalau berurusan dengan orang tengah. Takut pulak tertipu macam kes individu di bawah ini.
“Awak ingat tak dua orang hamba Allah dari Batu Pahat yang bersusah payah datang… awak kenakan charge pada kami seorang RM350”
Menerusi perkongsian seorang individu malang di Facebook, dia bersama sahabatnya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang kononnya menjanjikan mereka pekerjaan bersama hostel di Singapura.
Namun tak sangka pulak bila sampai di CIQ Johor Bahru, ‘rakan’ tersebut meminta mereka membayar RM350 seorang sebagai charge mendapatkan pekerjaan di Singapura.
“Salam semua maaf lari tajuk, khas buat hamba Allah yang bernama XXX, awak ingat tak dua orang hamba Allah dari Batu Pahat yang bersusah payah datang pada hari khamis lepas menunggu awak di CIQ Jb jam 08:00 pagi, yang awak kenakan charge pada kami seorang RM350 (total dua orang RM700).
“Dijanjikan kerja cleaning/housekeeping hotel di Orchard kononnya ada menyediakan hostel, malangnya semasa tiba disana sebelum ke tempat interview, awak terlebih dahulu meminta duit (RM700) tanpa dokumen hitam putih, serta tidak mengikuti dan menemani kami semasa proses interview berjalan.”
“Lebih malang lagi semasa proses interview, kami dimaklumkan pihak hotel tidak pernah menyediakan hostel. Ini sangat mengecewakan”
Nasib individu ni macam jatuh ditimpa tangga. Sudahlah duit RM700 kena kebas, hotel yang menjanjikan kerja tu beritahu takkan ada hostel disediakan buat mereka.
“Lebih malang lagi semasa proses interview kami dimaklumkan bahawasanya pihak hotel tidak pernah menyediakan hostel, ini sangat mengecewakan kerana kami telah beberapa kali bertanyakan tentang hostel pada awak dan awak bagi jawapan pihak hotel ada menyediakan hostel.
“Kami tidak kisah dengan bayaran tersebut(RM700), jika niat awak ikhlas dan jujur untuk membantu kami mendapatkan kerja serta hostel seperti yang telah awak janjikan, malangnya whatsapp kami tak berbalas walaupun dah dibaca (bluetick).”
Mangsa beri dua jalan penyelesaian pada ‘scammer’
Demi menyelesaikan masalah ini, mangsa telah memberi dua jalan keluar kepada scammer tersebut:
Harap-harap lelaki terbabit bayarlah semula wang milik mangsa. RM700 tu bukan nilai yang sedikit buat mereka yang susah tau.
“Kerja jelah kat Malaysia. Bersyukur dengan rezeki yang ada”
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan meminta dia serta rakan membuat laporan polis secepatnya. Pun begitu, ramai yang luah bahawa kerja di Singapura atau negara luar ni bukannya senang.
Ramai yang cakap mereka ada masalah nak menunaikan solat dan bekerja di negara sendiri sebenarnya lebih berbaloi kerana sentiasa dekat dengan keluarga. Bagi min, tepuk dada tanya seleralah kan…
Sebelum mencari sebarang pekerjaan di luar negara, pastikan agen yang korang berurusan tu boleh dipercayai. Sekarang ramai individu cuba ambil kesempatan atas kesempitan orang.