in

“Tolong encik, tolong selamatkan saya” – Bomba Sebak Dengar Rintihan Pemandu Trak FRU Ketika Masih Sedar

rintihan pemandu trak ketika masih sedar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan nahas kemalangan menyayat hati yang menimpa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 di Teluk Intan.

Berita pemergian 9 anggota FRU bukan sahaja mengejutkan seluruh negara malah mengundang rasa sebak dan sedih kerana mengenangkan nasib keluarga yang ditinggalkan.


Anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat juga tidak dapat menahan sebak sehingga ada yang menitiskan air mata ketika membantu mengeluarkan mangsa.

Artikel berkaitan: “Kami tunggu 10 tahun nak dapat anak perempuan”- Isteri Mangsa Korban Nahas FRU

Artikel berkaitan: [VIDEO] Salah Seorang Anggota FRU M*ut Kemalangan Sempat Rakam Momen Terakhir Dalam Trak

3123882

Kongsi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khusni Saidin, situasi meruntun hati apabila dia mendengar rintihan pemandu trak FRU yang pada masa itu masih dalam keadaan sedar ketika tersepit selepas kemalangan tragis.

“Tolong encik, tolong selamatkan saya,” rayu pemandu trak FRU itu.

Menurut Mohd Khusni, mereka sedapa upaya memberikan bantuan tetapi keadaan dilihat amat sukar.

“Malah anggota FRU lain juga menangis melihat keadaan rakan-rakan mereka yang parah dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau yang telah berkhidmat selama 18 tahun dalam pasukan bomba menyifatkan ini sebagai operasi menyelamat paling berat yang pernah dilalui, khususnya kerana ia membabitkan rakan sesama pasukan keselamatan.

hm13duka 1747134076

Terdahulu, media melaporkan kejadian berlaku apabila sebuah lori muatan batu kerikil telah memasuki laluan bertentangan dan merempuh trak FRU yang membawa 18 anggota.

Lapan anggota disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi iaitu pemandu trak FRU menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Siasatan awal mendapati kegagalan sistem stereng lori terbabit menjadi punca kepada kemalangan yang meragut 9 nyawa wira pasukan keselamatan negara.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.